Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang parah dipukul perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selangor masih lagi bergantung kepada beberapa mesin sokongan untuk memastikan organ dalamannya dapat dipulihkan pada tahap optima.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, perkara itu dimaklumkan oleh doktor pakar Insitut Jantung Negara (IJN) yang memantau rapi perkembangan anggota bomba berkenaan sejak dimasukkan ke pusat perubatan itu pada malam 28 November lalu.
"Pada hari ini keadaannya masih lagi kritikal tetapi stabil, namun telah banyak menunjukkan perkembangan yang positif dan kami percaya beliau mempunyai kekuatan untuk sembuh semula dengan bantuan serta usaha oleh doktor-doktor pakar IJN.
"Pihak doktor pakar juga menyatakan beberapa peralatan bantuan masih digunakan untuk pastikan fungsi pernafasan, aliran darah dan jantung dapat dipulihkan ke tahap optima," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.
Pada majlis itu seramai 178 individu menerima darjah dan kurniaan pingat yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Mohammad Hamdan dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah (DSAP) yang membawa gelaran Datuk.
Awal bulan ini, doktor telah pun menghentikan mesin sokongan jantung kepada Muhammad Adib apabila jantungnya telah mampu berfungsi sendiri.
Sementara itu, beliau turut menasihati orang awam supaya menghindari kawasan rekreasi yang berisiko tinggi terutama pada musim cuti sekolah dan musim tengkujuh ini untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
"Taburan hujan kali ini kami percaya bukanlah seperti 2014, tetapi kami tidak menolak kemungkinan perubahan cuaca itu boleh menyebabkan berlaku kenaikan air pasang dan hujan secara mendadak.
"Sentiasa peka dengan amaran dan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi serta agensi yang berkenaan berkaitan dengan pengurusan bencana banjir ini," katanya.
Dalam masa sama, katanya, cuti lebih 10,000 anggota dan pegawai JPBM di seluruh negara telah dibekukan sementara, sebagai persiapan untuk menghadapi musim tengkujuh dan banjir terutama tiga negeri di pantai timur, Kedah serta Pulau Pinang. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 08 2018
KEADAAN Muhammad Adib Mohd Kassim masih lagi kritikal tetapi stabil.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Anggota bomba wajib pakai PFD ketika selenggara bot
Anggota bomba yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan aset bot diwajibkan memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) berkuat kuasa serta-merta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Februari 2024.
Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran
Operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.
Kereta jatuh bangunan, pemandu nyaris maut
Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan dekat Setia Alam di sini pada Sabtu.
Tiga helikopter bantu operasi menyelamat mangsa banjir Pantai Timur - KP JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan tiga helikopter untuk membantu operasi menyelamat mangsa banjir di Pantai Timur susulan keadaan banjir yang semakin buruk.
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.
Anggota bomba cederakan ibu saudara dipenjara tiga bulan
Seorang anggota bomba dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencederakan ibu saudaranya, dua tahun lepas.
Dua anggota bomba sesak nafas padam kebakaran maahad tahfiz
Dua anggota bomba terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas ketika operasi memadam kebakaran madrasah tahfiz di Jalan Dato Dol Said di Taboh Naning, pada Isnin.
Sembilan anggota bomba dikenakan tindakan tatatertib, termasuk kes khalwat
Seramai sembilan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan termasuk berkaitan tangkapan khalwat dan pemalsuan dokumen pada tahun lalu.