Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak bersikap sambil lewa dan alpa dengan arahan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka turut menzahirkan kegusaran berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 kepada dua digit dan kewujudan beberapa kluster baharu wabak itu.
"Al-Sultan Abdullah menggesa rakyat supaya tidak hilang fokus dan sentiasa berwaspada serta berdisplin dalam memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi SOP, termasuk perintah kuarantin dan amalan kebiasaan baharu.
"Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan rakyat tentang kejayaan kerajaan, Kementerian Kesihatan (KKM) serta agensi berkaitan, khususnya barisan petugas hadapan dalam mengawal penularan wabak COVID-19.
"Usaha-usaha ini tidak bermakna jika negara menghadapi gelombang kedua dan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan yang boleh memberi kesan kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta ekonomi negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya peningkatan kes demam denggi di Malaysia jika rakyat mengambil sikap sambil lewa dan tidak memandang serius terhadap ancaman nyamuk Aedes.
Ahmad Fadil berkata Seri Paduka menitahkan rakyat agar lebih peka dan mengambil perhatian serius terhadap ancaman nyamuk Aedes serta langkah pencegahan untuk mengurangkan peningkatan kes demam denggi.
"Seri Paduka menyeru rakyat untuk terus melaksanakan langkah pencegahan yang disarankan KKM dan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan rumah dan kawasan persekitaraan bersih serta bebas daripada habitat pembiakan nyamuk Aedes.
"Al-Sultan Abdullah turut menyarankan rakyat mengamalkan langkah pencegahan daripada gigitan nyamuk ketika melakukan aktiviti di luar dan dalam rumah dengan menggunakan repelan serta semburan aerosol, dan mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran jika menunjukkan gejala demam denggi," katanya.
Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah turut menegaskan bahawa kejayaan membendung wabak COVID-19 dan membanteras ancaman demam denggi adalah usaha kolektif kerajaan dan seluruh lapisan rakyat tanpa mengira pelbagai latar belakang.
Al-Sultan Abdullah turut menitahkan supaya seluruh rakyat Malaysia berdoa agar situasi wabak COVID-19 dan demam denggi di negara ini dapat dikawal serta dibendung dengan berkesan dan Malaysia sentiasa di bawah rahmat dan dilindungan-Nya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 23 2020
Al-Sultan Abdullah turut menegaskan bahawa kejayaan membendung wabak COVID-19 dan membanteras ancaman demam denggi adalah usaha kolektif kerajaan dan seluruh lapisan rakyat tanpa mengira pelbagai latar belakang. - Gambar fail
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.
Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.
Kes demam denggi di Sabah meningkat tiga kali ganda
Sebanyak 4,812 kes direkodkan setakat minggu ke-42 tahun ini berbanding hanya 1,336 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 150 peratus - Datuk Bandar
Kes demam denggi mencatatkan peningkatan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), yang didorong dengan musim hujan berterusan sejak awal bulan Mei lalu.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 151 peratus
Peningkatan dikatakan berpunca daripada hujan yang berterusan sejak awal Mei tahun ini.