Tutup

Aksi bomba selamatkan kucing terperangkap di unjuran balkoni aras 10 bangunan

Aksi bomba selamatkan kucing terperangkap di unjuran balkoni aras 10 bangunan
Kucing bengal ini sempat mengintai anggota bomba yang sedang dinaikkan dengan jentera ke aras ia terperangkap.
KUALA TERENGGANU: Seekor kucing bengal berjaya diselamatkan selepas dikesan terperangkap di unjuran balkoni tingkat 10 bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu.

Kucing yang berusia setahun itu disedari hilang kira-kira jam 10 pagi Isnin oleh pemiliknya sebelum mengetahui haiwan peliharaannya itu sudah berada di luar balkoni.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata pemilik haiwan itu sudah berusaha menyelamatkannya namun tidak berjaya.

Katanya, sejurus menerima panggilan, seramai enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan haiwan tersebut.
Menurut Rozizah, setibanya di tempat kejadian, pihaknya mendapati seekor kucing terperangkap di balkoni di tingkat 10 kediaman 17 tingkat itu.

Jelasnya, pihak bomba mengambil masa kira-kira 20 minit bagi usaha menyelamat.


Tag: kucing bengal, haiwan peliharaan, PPR, bomba, JBPA, terengganu, kucing terperangkap



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.