Aksi ‘moonwalk’ Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian netizen.

Ketika aksi itu dirakam, Presiden PKR berkenaan sedang dikerumuni sekumpulan wartawan yang sedang mencuba mendapatkan komen Presiden PKR itu mengenai isu perpaduan dan politik di lobi Parlimen di sini pada Khamis.

Anwar digasak dengan beberapa soalan panas wartawan dan beliau kemudian cuba ‘melarikan diri’ dengan melakukan aksi mengundur atau seakan-akan ‘moonwalk’.
Tindakan spontan itu turut disambut dengan ketawa beberapa wartawan di situ. Wartawan Astro AWANI yang berada di situ turut merakam aksi lucu ahli politik veteran berkenaan.

Namun, Anwar yang dikenali dengan sikap peramah terhadap media tetap menjawab soalan diajukan wartawan selepas itu.