KUALA LUMPUR:Alliance Bank Malaysia Bhd terpaksa menutup cawangan Tawau selepas dua kakitangannya dijangkiti COVID-19.

Bank itu dalam satu kenyataan berkata kedua-dua pekerja itu kini sedang menjalani rawatan perubatan di hospital kerajaan yang dilantik.

"Pihak bank terpaksa menutup cawangan Tawau dan kawasan e-Lobi pada 16 Okt 2020, dan semua kakitangannya menjalani ujian saringan COVID-19 berikutan pengesahan bahawa salah seorang pengawal keselamatannya telah diuji positif.

"Cawangan di Tawau dan e-Lobi bank sedang dibersihkan dan disanitasi," katanya.

Cawangan tersebut akan kekal ditutup sehingga diberitahu kelak.

-- BERNAMA