Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 1.00 pagi, esok.

MetMalaysia dalam kenyataan setakat 8.30 malam ini memaklumkan, negeri yang dijangka terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

Kawasan lain yang diramal turut terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera di Pahang; Hulu Selangor di Selangor; Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor; serta Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.

-- BERNAMA