awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kemaman: 42 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR

Bernama
Bernama
02/12/2023
06:00 MYT
PRK Kemaman: 42 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
Abdul Ghani berkata trend keluar mengundi pada PRK itu meningkat sekitar lapan peratus setiap jam dengan semua saluran menunjukkan momentum yang sama. - Gambar/ Bernama
CHUKAI: Sebanyak 42 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing di 49 pusat mengundi setakat 1 tengah hari ini.
Sejak pusat mengundi dibuka 8 pagi tadi, keadaan cuaca cerah berterusan di seluruh Kemaman, walaupun sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di beberapa kawasan di sini sepanjang hari.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata trend keluar mengundi pada PRK itu meningkat sekitar lapan peratus setiap jam dengan semua saluran menunjukkan momentum yang sama.
Beliau sebelum ini menyasarkan peratusan mengundi boleh mencapai hingga 70 peratus daripada keseluruhan 141,043 pengundi berdaftar, bergantung kepada keadaan cuaca.
Secara keseluruhan, sebanyak 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu termasuk 387 anggota polis, enam anggota tentera dan tiga pasangan mereka serta 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
Semua anggota polis dan tentera yang layak mengundi awal telah menunaikan tanggungjawab masing-masing melalui undi pos sebelum ini manakala tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera telah mengundi awal di Balai Polis Kijal, 28 Nov lepas.
PRK berkenaan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini PRK Kemaman di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kemaman
#peratusan keluar mengundi
#cuaca
#Abdul Ghani Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan