Golongan muda harus dipandang sebagai rakan strategik dan bukanlah sebagai satu masalah, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata pentadbiran kerajaan baharu akan menghormati, memupuk nilai baik dan memberi mereka ruang untuk berfikir secara matang, kritikal serta merdeka, dan sekiranya timbul masalah melibatkan kumpulan berkenaan, ia harus diselesaikan oleh kerajaan
"Justeru untuk menyelesaikan masalah sosial sama ada dalam kalangan kanak-kanak dan orang biasa, ia bukan dengan cara menutup minda tapi dengan cara membuka minda mereka.
"Daripada menyangkal, kita nak beri mereka pendedahan apa yang baik dan apa buruk. Kalau kita hanya menutup dan menidakkan orang muda berumur 16 tahun ini duduk dalam rumah (pada waktu malam) dan bila umur 17 tahun nanti dia boleh keluar rumah. Adakah selesai masalah sosial itu?," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Malam Baca Puisi Pena 2019 di Rumah Pena, Jumaat malam.
Sim mengulas mengenai laporan media tentang satu kajian mendalam cadangan perintah berkurung ke atas remaja di Kelantan sedang dilakukan sebelum pelaksanaannya diputuskan.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata kajian itu diterajui beberapa pihak termasuk Pusat Kajian Strategik Kelantan dan turut melibatkan konsultan bebas.
Pada awal November 2018, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wa-nita Kelantan, Mumtaz Md Nawi semasa menggulung perbahasan Belanjawan 2019 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, mengumumkan kerajaan negeri bersetuju mengkaji pelaksanaan perintah berkurung ke atas remaja pada waktu malam bagi mengatasi masalah gejala sosial di negeri berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 04 2019
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong mendeklamasikan sebuah puisi pada Malam Baca Puisi DBP-PENA-ITBM di Rumah PENA malam tadi. - Foto Bernama
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Johor harap Bajet 2023 tumpu perkasa belia, sukan
Peruntukan yang lebih besar bagi pembangunan belia dan sukan di negeri juga akan dapat membuktikan golongan muda tidak dipinggirkan.
Sukma 2020: Mohon peruntukan RM5 juta persiapan kontinjen Negeri Sembilan
Mohamad Taufek Abd Ghani berkata perkara itu sudah dibawa dalam perbincangan Pegawai Kewangan Negeri.
Anak muda harus dipandang sebagai rakan strategik, bukan masalah
Kerajaan baharu akan menghormati, memupuk nilai baik dan memberi mereka ruang untuk berfikir secara matang, kritikal serta merdeka.