KUALA LUMPUR:Aset rizab rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) setakat 31 Ogos, 2020 berjumlah AS$104.41 bilion, mengikut format Special Data Dissemination Standard (IMF SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata, aset mata wang asing lain berjumlah AS$1.61 bilion pada akhir Ogos, 2020.
"Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing yang termasuk antaranya pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan pembayaran balik perolehan daripada Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara apabila matang, berjumlah AS$8.72 bilion," katanya.
Bank pusat berkata, kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak AS$8.37 bilion manakala jumlah kedudukan hadapan panjang sebanyak AS$1.58 bilion pada akhir bulan Ogos 2020, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
"Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek," katanya.
Menurut BNM, unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.31 bilion untuk tempoh12 bulan akan datang dan satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$277.1 juta.
Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.
"Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 30 2020
Bank Negara Malaysia berkata, aset mata wang asing lain berjumlah AS$1.61 bilion pada akhir Ogos, 2020. - Gambar fail AFP
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$109.71 bilion pada akhir November - BNM
Bank Negara Malaysia turut menjelaskan, aset mata wang asing lain berjumlah US$4.9 juta.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$105.23 bilion pada akhir Oktober - Bank Negara
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$105.23 bilion pada akhir Oktober 2022.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$108.24 bilion pada akhir Ogos - BNM
Sehingga akhir Ogos 2022, aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.3 juta.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$111.1 bilion
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$111.1 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$732.2 juta pada akhir Jun 2021.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$104.41 bilion pada akhir Ogos
Aset rizab rasmi Bank Negara Malaysia setakat 31 Ogos, 2020 berjumlah AS$104.41 bilion, mengikut format Special Data Dissemination Standard (IMF SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).