Aspirasi bersifat matang yang diutarakan golongan muda menerusi sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) memberi gambaran generasi hari ini berpandangan jauh dan kritikal dalam memandu hala tuju masa depan negara.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata perkara tersebut merupakan aset dimiliki generasi muda yang hebat dan perkembangan itu cukup mengkagumkan bagi lanskap TN50 yang mampan.
"Hari ini saya cukup berbangga dengan kualiti aspirasi yang diutarakan oleh anak-anak muda di Perlis. Kita boleh bincang isu-isu yang suatu ketika dahulu dianggap sensitif untuk diperkatakan.
"Tetapi hari ini kita boleh bincang apa sahaja secara terbuka tanpa timbul sebarang masalah. Ada yang menyentuh soal sekolah jenis kebangsaan, tentang kuota dan sebagainya tetapi kita bercakap secara ilmiah, dan inilah petanda baik dalam TN50," katanya.
Khairy berkata demikian selepas mendengar pelbagai aspirasi anak muda Perlis pada sesi dialog TN50 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh, Arau di sini yang dihadiri lebih 3,000 anggota generasi muda.
Malah katanya kebanyakan aspirasi oleh anak muda di setiap dialog TN50 yang disertainya di serata tempat dan negeri, golongan tersebut menyuarakan keinginan memiliki kehidupan masa akan datang yang penuh visi serta berminda kelas pertama.
Tidak kurang juga yang mahukan masa depan yang adil dan peluang yang sama, menurut Khairy.
"Tetapi saya juga ingin menarik perhatian anak muda untuk kita sama-sama halusi makna di sebalik perkataan adil itu, apakah sebenarnya yang didefinisikan sebagai adil kerana maksudnya bagi setiap individu tidak sama.
"Mungkin bagi masyarakat Cina mereka mahukan adil dari segi peluang dan laluan ke universiti yang adil kepada semua. Bagi anak seorang peneroka yang miskin dari kawasan pedalaman pula adil itu adalah kemampuan untuk memasuki universiti dengan memerlukan sedikit bantuan," katanya semasa sesi dialog tersebut.
Khairy berkata sudah pasti kerajaan mahu berlaku adil seadil-adilnya kepada semua, namun selain mempunyai aspirasi dan visi yang berkualiti, anak muda juga perlu memahami konsep keadilan yang sebenarnya dalam memacu kemajuan negara.
Sementara itu Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man yang turut menyertai dialog itu berkata sesi tersebut dilihat berjaya mencungkil hasrat anak muda yang lahir dari hati mereka.
"Hasrat mereka adalah input terbaik yang dikumpul untuk menghasilkan dasar-dasar TN50 yang amat berjaya selain terus menyediakan dengan ilmu pengetahuan yang bersesuain untuk membina diri sendiri bukan sekadar mampu bekerja tetapi boleh mencipta peluang dalam menghadapi masa depan yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2017
Khairy Jamaluddin berkata aspirasi matang merupakan aset dimiliki generasi muda yang hebat dan perkembangan itu cukup mengkagumkan bagi lanskap TN50 yang mampan. -Gambar fail
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Sistem tagal bukan sekadar konservasi ikan Sungai Moroli, malah jadi tarikan pelancong
Tagal, sistem konservasi hidupan akuatik sungai diwarisi bergenerasi lamanya penduduk negeri ini mewujudkan simbiosis dengan menyediakan bekalan makanan mampan buat penduduk.
Jangkauan pasaran industri pembrokeran harus berubah dalam persekitaran teknologi disruptif
Industri pembrokeran saham perlu bersaing dan mengubah cara ia menjangkau pasaran dalam persekitaran teknologi disruptif.
Lee Lam Thye harap dapat cetus inspirasi buat generasi muda ceburi kesukarelawanan
Lee Lam Thye berharap buku autobiografinya akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk memupuk semangat kesukarelawanan sebagai cara bagi menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.
'Jangan gopoh buat keputusan' - Tengku Zafrul titip pesan kepada para pelajar
Beliau juga berharap anak muda lebih berminat menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi selepas tamat persekolahan.
Martabatkan seni pantun dalam kalangan generasi muda
Generasi muda pada masa kini perlu diberi pendedahan secara lebih meluas mengenai seni pantun bagi memartabatkan warisan budaya masyarakat.
Generasi muda main peranan penting pastikan Malaysia bebas rasuah
Sokongan dan komitmen generasi muda memainkan peranan penting dalam memastikan Malaysia bebas daripada rasuah.
Pudarnya dialek di Perak beri kesan terhadap identiti, jati diri - Pakar Bahasa
Beliau mendapati golongan remaja Perak terutamanya mereka yang berusia 15 tahun ke bawah tidak bertutur dalam dialek negeri itu.
Festival silat platform promosi, warisan untuk generasi muda - Aminuddin
Penting untuk semua pihak menyokong usaha kerajaan Negeri Sembilan dalam memelihara dan mempromosikan seni silat.
Pelajar Malaysia di luar negara perlu kembali, terajui pembangunan negara - Johari
Johari berkata negara ASEAN terutama Malaysia, perlu lebih banyak melabur dalam pendidikan dan pembangunan bakat.