Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang mendapatkan rawatan fisioterapi, setelah disahkan mengalami kecederaan pada tulang belakang minggu lalu.

Menurut kenyataan rasmi daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, Azmin mengalami kecederaan tulang belakang ketika teruja membersihkan rumahnya dan mengalihkan perabot untuk menyambut kehadiran cucu sulung beliau.

“Beliau mengalami kecederaan tulang belakang annular tear of spinal disc itu minggu lalu dan kini sedang menjalani rawatan terapi tulang belakang (fisioterapi).

“Orang ramai, khususnya rakyat Selangor boleh mendoakan Menteri Besar supaya segera sembuh,” kata Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong dalam kenyataan itu.

BACA: Azmin Ali pengerusikan mesyuarat dengan 'sokongan tambahan' di leher