BAGAN SERAI:Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itulah nasib pasangan suami isteri yang terpaksa berhenti kerja demi menjaga anak tunggal mereka selepas disahkan menghidapi kanser otot setahun lepas.
Pasangan Shahrul Asyraf Sharuddin,31, dan isterinya Syamimi Athirah Sanusi, 28, kedua-duanya berhenti kerja sejak sebulan lepas demi memastikan anak perempuan mereka berusia empat tahun Saffiya Aisyah dirawat dengan baik.
Shahrul Asyraf terpaksa meninggalkan kerja di restoran makan segera manakala isterinya berhenti daripada bekerja di sebuah kilang di Batu Kawan, Pulau Pinang kerana terpaksa berulang-alik ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani rawatan kemoterapi.
Selain itu, anak kesayangan mereka juga perlu mengambil ujian darah dua kali sehari di klinik berhampiran di sini dan kekangan masa memaksa mereka memutuskan untuk berhenti kerja.
"Anak saya disahkan menghidap kanser otot ketika berumur tiga tahun dan telah menjalani satu pembedahan membuang ketumbuhan sebesar bola golf pada paha sebelah kanan namun terdapat lagi ketumbuhan lain di pangkal paha.
"Sejak Ogos lepas, Safiyya Aisyah terpaksa menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali dalam sebulan di Hospital Pulau Pinang," katanya ketika ditemui di rumahnya selepas menerima kunjungan Persatuan Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) dan Sahabat Parlimen Bagan Serai di Kampong Parit Haji Husin dekat sini, pada Ahad.
Untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga, Syamimi Athirah kini menjual kuih dan nasi lemak di Pasar Awam Bagan Serai dengan pendapatan bersih RM50 sehari yang digunakan untuk perbelanjaan harian, kos rawatan termasuk lampin pakai buang dan susu khas untuk anaknya.
Sementara itu, Pengerusi FOCCAN, Maznah Taiyib berkata pihaknya memberikan bantuan awal seperti wang tunai dan peralatan seperti susu khas dan lampin pakai buang kepada keluarga berkenaan.
Katanya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, setiap bulan FOCCAN menerima laporan mengenai peningkatan jumlah pesakit kira-kira 20 pesakit berbanding 15 sebelum ini dan menjadikan jumlah pesakit kanser di wilayah utara sebanyak 450 orang sehingga kini.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menghubungi talian 011-36029498 dan 013-9028029 atau memberi sumbangan terus ke akaun Maybank Shahrul Asyraf di nombor 1582 4852 1779.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 28 2020
Untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga, Syamimi Athirah kini menjual kuih dan nasi lemak di Pasar Awam Bagan Serai. --fotoBERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.
Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.
MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.
Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.
"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jaja Ishak tiada masalah terus bekerjasama dengan Hafidz Roshdi
Penerbit drama Jaja Ishak tidak punyai sebarang masalah untuk terus bekerjasama dengan pelakon yang terkait dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini seperti Hafidz Roshdi.
Permohonan nikah di Siam meningkat dua kali ganda
Peningkatan itu berlaku susulan pembukaan semula sempadan negara selepas ditutup selama hampir dua tahun.