PUTRAJAYA:Ahli keluarga dan rakan-rakan memainkan peranan penting dalam mencegah cubaan bunuh diri yang dilaporkan semakin meningkat sejak penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Untuk itu, beliau meminta mereka menghubungi Talian Khas Kaunseling COVID-19 yang diwujudkan melalui Talian Kasih 15999 dan WhatsApp 019-2615999 jika mengenal pasti terdapat ahli keluarga atau rakan yang mengalami kemurungan.
"Boleh hubungi untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan jika keadaan ini berlaku. Kita faham ramai yang terjejas, setiap orang menghadapi cabaran yang berbeza dan cara mereka hadapi pun berbeza," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Orang Kurang Upaya (OKU) 2020, di sini, semalam.
Sejak diwujudkan pada 26 Mac lepas hingga 22 Nov lepas, Rina berkata Talian Khas Kaunseling COVID-19 menerima sebanyak 3,012 panggilan yang dihubungkan terus kepada Lembaga Kaunselor Malaysia.
"Daripada aduan yang kita terima, banyak yang menyebut perkataan tertekan (stress). Ada kerana tidak dapat keluar rumah, pendapatan terjejas dan ada juga hubungan antara keluarga yang terjejas," katanya.
Mengenai kes keganasan rumah tangga, Rina berkata Talian Kasih menerima sebanyak 2,319 aduan sejak Januari hingga 22 Nov lepas dengan jumlah tertinggi juga direkodkan pada April dan Mei iaitu masing-masing sebanyak 337 dan 420 panggilan.
Untuk itu, sempena Hari Hentikan Keganasan Terhadap Wanita yang disambut 25 Nov, kementeriannya melaksanakan pelbagai kempen seperti 'Wanita Anti Jenayah' serta libat urus dengan badan bukan kerajaan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, katanya.
Beliau berkata daripada 581,265 OKU berdaftar di seluruh negara, sebanyak 15,326 bekerja di sektor swasta dan 4,202 lagi sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, manakala 1,397 OKU pula mendapat pekerjaan melalui program 'Job Coach' yang dilaksanakan kementerian.
"Job coach ini tugasnya antara lain untuk menghubungkan antara pekerja OKU dengan majikan dan rakan sekerja sebab apa yang lebih penting kepada kami ialah supaya OKU yang bekerja ini boleh terus bekerja dan mendapat pendapatan," katanya sambil menyeru lebih banyak pihak swasta untuk tampil memberi peluang pekerjaan kepada OKU agar golongan itu tidak terpinggir terutamanya ketika negara sedang dilanda pandemik COVID-19.
Pada majlis yang diadakan bersempena Hari OKU peringkat kebangsaan yang akan disambut pada 3 Dis nanti, Rina menyampaikan Anugerah Majikan Prihatin kepada empat syarikat iaitu McDonalds Malaysia, AEON Co (M) Bhd, Uniqlo (M) Sdn Bhd dan Mydin Mohamed Holdings Bhd yang menggaji OKU lebih satu peratus daripada keseluruhan pekerja mereka.
Selain itu, Anugerah Ibu Bapa Mithali OKU disampaikan kepada pasangan Zulkifly Samsudin dan Suhaila Abdul Manap yang mempunyai dua anak OKU, selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 25 2020
Sempena Hari Hentikan Keganasan Terhadap Wanita yang disambut 25 Nov, kementerian melaksanakan pelbagai kempen seperti 'Wanita Anti Jenayah' serta libat urus dengan NGO bagi memberi kesedaran kepada masyarakat. - Gambar hiasan
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.