Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan pelabur kembali ke pasaran untuk menyokong kaunter tenaga susulan peningkatan semula semalaman harga minyak, dalam persekitaran ketidaktentuan global yang berterusan.
Pada 9.05 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.36 mata kepada 1,373.56 daripada 1,372.20 semasa ditutup semalam.
Suasana pasaran optimis dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 209 berbanding 91, manakala 192 kaunter tidak berubah, 1,411 tidak diniagakan dan 71 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 234.03 juta saham bernilai RM64.86 juta.
Malacca Securities dalam nota ekuitinya hari ini berkata walaupun FBM KLCI dapat meneruskan peningkatannya, pelabur tetap tidak yakin dengan pemulihan berikutan momentum belian hanya dapat dilihat pada waktu dagangan akhir, semalam.
"Kami percaya turun naik harga minyak mentah tidak memberi prospek yang baik seperti yang dapat dilihat dalam sektor tenaga yang mencatatkan kemerosotan. Ini juga boleh menjejaskan sebarang peningkatan daripada prospek pembukaan semula aktiviti ekonomi secara berperingkat di seluruh dunia," katanya.
Kaunter tenaga hari ini mencatatkan peningkatan tertinggi berikutan ia naik sebanyak 1.49 peratus kepada 655.69 selepas hari dagangan yang tidak menentu semalam.
Sehingga 9 pagi, penanda aras minyak mentah Brent pada AS$20.74 setong.
Seorang lagi penganalisis berkata bursa tempatan dijangka dalam jajaran kecil hari ini berikutan pelabur menunggu pengumuman daripada Rizab Persekutuan AS (US Fed) hari ini mengenai perbincangan yang dijangka berhubung panduan untuk ekonomi melangkah ke hadapan.
Menurut Bloomberg, US Fed telah mengurangkan kadar faedah kepada hampir sifar dan kini perlu membuat keputusan sama ada lebih banyak lagi yang perlu dibincangkan.
Bank pusat AS sibuk melaksanakan kemudahan pinjaman kecemasan untuk memberikan kecairan kepada ekonomi yang sebahagian besarnya terjejas oleh pandemik COVID-19.
Mengenai kaunter saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM7.38, Tenaga Nasional menambah lapan sen kepada RM12.18, Public Bank meningkat dua sen kepada RM15.96, IHH menokok enam sen kepada RM5.18 dan Maxis naik empat sen kepada RM5.40.
Bagi saham aktif, ARB meningkat 2.5 sen kepada 30 sen dan JYC naik dua sen kepada 28 sen, manakala Nestle muncul sebagai kaunter paling rugi hari ini berikutan ia merosot RM1.10 kepada RM137.90 dan MISC susut 38 sen kepada RM8.00.
Indeks FBM Emas naik 20.31 mata kepada 9,578.33, Indeks FBMT 100 meningkat 17.74 mata kepada 9,454,04, Indeks FBM Emas Shariah menambah 19.27 mata kepada 10,631.05, FBM ACE menokok 16.49 mata kepada 4,649.51 manakala FBM 70 naik 55.90 mata kepada 11,441.23
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 10.73 mata kepada 12,209.53, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.11 mata kepada 114.43 manakala Indeks Perladangan menambah 14.40 mata kepada 6,139.80. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 29 2020
Suasana pasaran optimis dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 209 berbanding 91. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.
Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen pada Rabu.
Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria
Rusia pada Sabtu mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.
Anak, menantu sembunyi mayat bapa demi duit pencen
Pasangan itu sanggup menyembunyikan mayat warga emas itu dalam rumah mereka selama enam tahun demi mengambil wang persaraan bulanannya.
Penutupan sempadan Mexico-AS tidak rasional - Andres
Cadangan penutupan sempadan Mexico dan Amerika Syarikat (AS) adalah mustahil dan merupakan keputusan politik yang tidak rasional.
Kongres AS setuju perjanjian perbelanjaan untuk elak penutupan kerajaan
Kongres Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan perjanjian perbelanjaan jangka pendek untuk menghalang kemungkinan penutupan kerajaan sehingga Mac.
Tentera AS serang 3 kapal Houthi di Laut Merah
Sekurang-kurangnya 10 anggota Houthi Yaman terbunuh selepas tentera AS menyerang tiga kapal milik kumpulan itu di Laut Merah.
AS bertanggungjawab ke atas perang Israel-Hamas
Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Naseer Kaanani, AS merupakan sebahagian daripada jenayah perang yang berlaku di Gaza.
Ops Ihsan: Kemasukan barangan bantuan 'disaring' sebelum lepasi pintu Rafah
Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari memaklumkan pihaknya mengambil insiatif mengadakan perbincangan awal dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.