PAS akan mengadakan satu mesyuarat khas dalam kalangan anggota parti bagi memutuskan calon yang layak menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang sebelum membawa usul itu kepada majlis mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang.
Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata notis untuk mengadakan mesyuarat khas itu akan dikeluarkan sebelum mesyuarat itu diadakan dalam masa tiga atau empat hari lagi.
"Saya jangka antara agenda yang mungkin dibincangkan adalah mengenai siapa akan menjadi ketua pembangkang dan juga bagaimana kita hendak memperkukuhkan pakatan rakyat bagi meneruskan agenda perjuangan," katanya selepas majlis Makan Malam Amal Media bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sebuah restoran di Tok Jembal di sini malam tadi.
Bagaimanapun, Abdul Hadi yang turut hadir di majlis itu enggan menemui wakil media.
Anwar hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun setelah menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.
Sementara itu, Ahmad Samsuri mengakui pihaknya ada menerima memorandum berhubung dakwaan wujud komplot menjatuhkan Abdul Hadi yang diedarkan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim, Isnin lepas.
Katanya memorandum itu akan teliti bagi melihat sama ada mempunyai asas atau tidak kerana yang penting PAS mahu memperkukuhkan kepimpinan parti.
Bernama
Wed Feb 11 2015
Notis untuk mengadakan mesyuarat khas bagi memutuskan calon yang layak menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) sebagai ketua pembangkang akan dikeluarkan sebelum mesyuarat diadakan dalam masa tiga atau empat hari lagi.
Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Pensyarah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd Nazre Salleh berkata arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar. Jelasnya, tanpa bilangan arboris yang mencukupi, audit pokok-pokok berusia tidak boleh dilaksanakan dengan berkesan.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Terus tanam pokok dalam bandar, walaupun ada kejadian pokok tumbang - NGO
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata penanaman pokok di bandar-bandar perlu diteruskan bagi tujuan menghijaukan kawasan tumpuan dan memelihara alam. Jelasnya, kejadian pokok tumbang tidak wajar menjadi penghalang kepada usaha menangani kesan perubahan iklim.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
AWANI Ringkas: Sempadan Malaysia-Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Isu kasino kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia mahu rebut insentif transformasi digital Qatar, bekerjasama dalam sektor AI - PM
Malaysia mahu meneroka potensi kerjasama bersama Qatar dalam sektor kecerdasan buatan (AI).
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Pegawai kadet TLDM jadi 'target' pegawai semasa latihan
Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa, mendiang J. Soosaimanicckam menjadi target (sasaran) pegawai-pegawai semasa mangsa menjalan
Perhimpunan bantah ICERD: Jangan emosi, elak ancam perpaduan kaum - Mujahid
Beliau mengulas mengenai satu perhimpunan besar-besaran membabitkan penyertaan ahli Pas dan UMNO yang akan diadakan di ibu negara pada 8 Disember ini.
Tun M dari kaca mata Hadi
Menurut Abdul Hadi, Dr Mahathir telah banyak belajar daripada kelemahannya mentadbir sebelum ini.
DAP mahu memusuhi Islam - Abdul Hadi Awang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Anggota Parlimen DAP yang mempertikaikan usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2015 sebagai tidak beradab.
Ada 'broker' dan 'barua' yang curi dua ADUN PAS - Hadi
Abdul Hadi berkata pihak berkenaan memujuk ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnol Baharuddin untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
Di mana integriti Abdul Hadi dalam pemilihan calon MB Selangor? - Wanita Keadilan
Wanita Keadilan membidas dakwaan Presiden PAS yang berpendapat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menerajui tampuk pemerintahan negeri Selangor.
Muhyiddin cabar presiden Pas keluarkan Fatwa
Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan fatwa mengharamkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).