Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari mengisytiharkan kluster Jupiter sebagai tamat selepas tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari dan kes terakhir dicatatkan kluster ini adalah pada 17 Julai 2020.

Ini lima perkara penting menerusi kenyataan media dikeluarkan JPBN Sarawak hari ini:

1) Sembilan kluster COVID-19 dilaporkan masih aktif setakat ini.

2) JPBNS memutuskan pengecualian kuarantin bagi kemasukan penjawat awam dan ahli perniagaan ke Sarawak.

3) Bagi penjawat awam dan ahli perniagaan yang kerap berulang alik dari Semenanjung, Sabah dan Labuan ke Sarawak dan sebaliknya, mereka akan diambil sampel sekali dalam dua minggu.

4) Bagi penjawat awam dan ahli perniagaan yang pulang bercuti, mereka akan dikuarantin di rumah atau hotel dan perlu diambil sampel.

5) Bagi urusan rasmi yang tidak melebihi dua hari tidak perlu diambil sampel.