Malaysia merekodkan lima lagi kematian akibat wabak COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh sama juga terdapat 208 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,116 kes.
Bagaimanapun katanya, terdapat 122 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 767 kes bersamaan 24.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
"Sehingga kini, seramai 105 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.
BACA SEMUA MENGENAI COVID-19 DI SINI
"Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes bersamaan 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Berikut merupakan perincian kes kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu:
• Kes kematian ke-46 (kes ke-2909) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik dan rendah imuniti. Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 28 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 11.10 malam.
• Kes kematian ke-47 (kes ke-2910) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout. Beliau telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 7.10 malam.
• Kes kematian ke-48 (kes ke-2572) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 2 April 2020 jam 8.01 pagi.
• Kes kematian ke-49 (kes ke-1273) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke2107). Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 1 April 2020 jam 8.36 malam.
• Kes kematian ke-50 (kes ke-1767) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 2 April 2020 jam 2.20 petang.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Apr 02 2020
Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes bersamaan 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. - Gambar fail
Lelaki hina wajah anak Caprice tampil mohon maaf bersemuka
Pemuda bernama Irfan yang datang dari Johor dengan menaiki bas itu dilihat bertemu dengan Farra sambil melutut meminta maaf.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Konflik di Gaza dijangka menjadi agenda utama di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam, OIC yang berlangsung di Gambia.
Sadiq Khan dipilih datuk bandar London untuk penggal ketiga
Sadiq Khan dari parti buruh, berjaya menewaskan calon dari parti konservatif dalam pilihan raya tempatan, menyaksikan beliau dipilih sebagai Datuk Bandar London untuk penggal ketiga.
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Penganalisis pasaran jangkakan Bursa Malaysia diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, disokong oleh minat belian dalam saham wajaran tinggi.
Ringgit dijangka diniaga berhati-hati berbanding dolar AS
Penganalisis berpendapat ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS, susulan pelabur terus memantau dengan teliti kemajuan ekonomi tempatan.
Fakulti kecerdasan buatan dirasmikan 10 Mei ini
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan fakulti kecerdasan buatan (AI) pertama di Malaysia akan dirasmikan Perdana Menteri 10 Mei ini.
Delegasi Hamas di Kaherah, mahu jayakan gencatan senjata
Delegasi Hamas yang berada di Kaherah memaklumkan beberapa perkembangan positif dicapai dalam rundingan gencatan senjata dengan Israel.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Ribuan penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Tel Aviv pada malam sabtu, menuntut perjanjian untuk membebaskan tebusan di Gaza.
Delegasi Hamas di Kaherah mahu jayakan gencatan senjata
Delegasi Hamas tiba di Kaherah pada Sabtu untuk bertemu pasukan pengantara dari Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.
Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga
Khan yang pertama kali dipilih pada 2016, menewaskan calon dari Parti Konservatif Susan Hall dengan kelebihan 276,000 undi.
Lisa Marie Presley alami serangan jantung, dikejarkan ke hospital
Sumber memaklumkan pasukan paramedik memberi bantuan pernafasan kepada Lisa Marie pada Khamis di rumahnya di Calabasas sebelum dia dikejarkan ke hospital.
COVID-19: Tokyo rekod 17,790 kes baharu
Jumlah itu juga menyaksikan bandar raya itu mencatatkan kes baharu melebihi 10,000 untuk enam hari berturut-turut.
Ibu hamil perlu segera divaksin, jangkitan COVID-19 selepas 28 minggu lebih berisiko - Pakar
Ibu hamil yang dijangkiti COVID-19 akan mendapat simptom yang rendah, namun risiko semakin tinggi bergantung kepada usia kandungan.
COVID-19: Hampir 14,000 kes baharu belum divaksin, 98 peratus kes kategori 1,2
Lebih 98 peratus kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini berada dalam kategori 1 tidak bergejala dan kategori 2 bergejala ringan.
Pengalaman ngeri bekas pesakit COVID-19 bertarung nyawa di ICU
Semuanya bermula apabila dia makan malam dengan seorang rakan di sebuah restoran di Melaka pada 18 April lalu, dan kemudiannya dimaklumkan statusnya sebagai kontak rapat.
COVID-19: Penggunaan ICU hospital kerajaan di Johor sudah melebihi kapasiti
Seramai 49 pesakit COVID-19 sedang menerima rawatan di ICU di Johor, walaupun hanya 43 katil ICU dikhususkan untuk pesakit COVID-19.
COVID-19: Ini 5 tumpuan utama Dr Noor Hisham hari ini
Sebanyak 39 peratus daripada keseluruhan kes harian baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini direkodkan di Selangor.
COVID-19: 1,576 kes baharu, sifar kes di Perlis
Sebanyak 1,576 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini ialah 330,042 kes.
COVID-19: 1,123 kes baharu, 4 lagi kematian - Dr Noor Hisham
Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham juga memberitahu sebanyak 1,143 kes sembuh sepenuhnya dan menjadikan jumlah kes sembuh COVID-19 kini adalah 60,204 kes.
COVID-19: 210 alat bantuan pernafasan bakal diagih ke hospital Sabah - Dr Noor Hisham
Ini bagi memenuhi keperluan tambahan peralatan ventilator di negeri bawah bayu itu.