Cuaca sejuk yang dialami di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia merupakan fenomena sementara tetapi keadaan itu boleh berulang sekiranya angin sejuk monsun timur laut dari Siberia, China melalui Semenanjung Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Alui Bahari berkata cuaca sejuk dan kabus tebal di negeri-negeri pantai timur, pedalaman Kedah dan utara Perak telah kembali normal sejak 12 Feb dengan bacaan suhu minimum harian di stesen-stesen Meteorologi mencatatkan suhu 20 darjah celsius ke atas.
Katanya cuaca sejuk ini mungkin boleh berulang pada bulan Februari tahun depan sekiranya berlaku pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur laut dari China dan langit tidak berawan pada waktu malam.
"Secara klimatologi, bulan Februari merupakan tempoh suhu minimum harian yang terendah berbanding bulan-bulan lain di negeri-negeri pantai timur, pedalaman Kedah dan utara Perak," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
BACA: Ya, suhu di Kuala Pilah jatuh hingga 21 darjah Celcius - METMalaysia
BACA: 20 darjah Celsius bukan luar biasa - MetMalaysia
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media baru-baru ini bahawa Kuala Krai pada 11 Feb lepas telah mengalami cuaca luar biasa dengan mencatatkan suhu suhu terendah iaitu 18.4 darjah Celsius.
Alui berkata cuaca sejuk yang berlaku dari 9 hingga hingga 11 Feb di Kelantan itu, turut dirasai di Terengganu dan Pahang selain kawasan pedalaman Kedah dan utara Perak.
BACA: Kompilasi ekstrem: Cuaca dunia semakin aneh dan tidak menentu
Sementara itu, Alui berkata MET Malaysia dari semasa ke semasa mengeluarkan amaran sekiranya berlakunya kabus tebal akibat cuaca sejuk dan laut bergelora yang menyebabkan tidak selamat untuk aktiviti pergerakan pengangkutan di laut dan udara.
"Maklumat mengenainya akan disalurkan kepada orang ramai dan pihak yang berkaitan antaranya Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia," katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan berulangnya Taufan Tembin yang melanda Filipina pada Disember tahun lepas dan kesannya kepada Sabah, Alui berkata pada ketika ini terdapat satu siklon tropika iaitu Ribut Tropika Sanba di tenggara Filipina.
Justeru itu, MET Malaysia akan mengeluarkan amaran cuaca dari semasa ke semasa untuk negeri Sabah sekiranya hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di negeri tersebut, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2018
Katanya cuaca sejuk ini mungkin boleh berulang pada bulan Februari tahun depan sekiranya berlaku pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur laut dari China dan langit tidak berawan pada waktu malam. - Gambar fail
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.