awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET

Bernama
Bernama
20/04/2024
23:15 MYT
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Ahmad Zahid bersalaman bersama ahli UMNO sewaktu menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian dan sambutan Hari Raya UMNO Putatan di Kota Kinabalu malam tadi. --fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberikan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata baru-baru ini, beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara berkenaan justeru beliau mahu memastikan 500 daripada tempat itu diisi oleh anak muda Sabah.
"Saya beri jaminan generasi muda di Sabah turut diberikan pendidikan TVET... ini juga bagi memastikan anak muda Sabah dilatih serta diberikan pekerjaan berdasarkan teknologi tinggi," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Bahagian Putatan di sini malam tadi.
Turut hadir Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin dan Ketua Bahagian UMNO Putatan Jeffrey Nor Mohamed.
Ahmad Zahid juga berkata Sabah menerima RM11.34 bilion pelaburan tahun lepas, justeru potensi pelaburan yang besar perlu diterjemah kepada pembangunan ekonomi rakyat di negeri itu terutama bagi membuka ruang kepada lebih banyak peluang pekerjaan.
Beliau berkata GiatMARA adalah institusi TVET yang diberi kepercayaan untuk melaksanakan agenda meningkatkan kemahiran generasi muda dan setakat ini, terdapat 1,345 institut itu di Malaysia.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#TVET
#anak muda Sabah
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan