Misteri kehilangan dua biji batu delima yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta yang diletakkan di dalam sebuah peti besi di sebuah maahad tahfiz akhirnya terungkai selepas polis menahan lima remaja lelaki.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, seorang pelajar ditahan di sekolah terbabit manakala dua lagi di luar kawasan sekolah.
Remaja keempat dikenal pasti sebagai bekas pelajar maahad tahfiz sama, sementara seorang lagi ahli kumpulan berkenaan adalah rakan mereka.
Kejadian pada 19 Mei itu disedari warden asrama apabila ternampak bilik pejabat dalam maahad itu telah dipecah masuk.
Sebaik melakukan pemeriksaan didapati peti besi seberat 200 kilogram itu telah tiada di dalam bilik berkenaan.
Siasatan dalaman yang dilakukan pihak pengurusan warden mendapati kejadian berlaku lebih kurang jam 2 pagi, dan pelajar terlibat dipercayai telah membuka pintu pejabat dan membawa keluar peti besi itu.
Hasil siasatan ke atas pelajar berkenaan, empat individu telah ditahan sementara peti besi itu, yang telah dibuang ke dalam sungai jarak kira-kira 500 meter dari maahad tersebut, telah ditemui semula.
Setelah peti besi itu dibawa naik, polis mendapati terdapat kesan pintu peti besi telah diumpil dan barang dalam peti itu telah tiada.
Peti besi terbabit menyimpan batu permata seperti zamrud, delima, arked, kain miswah Kaabah, keris kecil dan wang syiling, yang merupakan harta peninggalan pengasas maahad tahfiz berkenaan.
Kelima-lima remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun termasuk tiga pelajar maahad tahfiz itu ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Thu May 23 2019
Kelima-lima remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun termasuk tiga pelajar maahad tahfiz itu ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. - Astro AWANI
Caprice, isteri henti kongsi mengenai anak di laman sosial
Menerusi Instastory, Caprice berkata dia dan isterinya iaitu Farra Inalis seronok dengan perkongsian daripada ibu bapa yang turut memberi tips penjagaan bayi.
KTM yakin 790 Duke bakal menambah hati peminat
Sempena ulang tahun ke-30, KTM dengan bangganya memperkenalkan slogan baru: “No Bullshit which epitome the lifestyle of embracing challenges and pushing boundaries”.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, KTM 790 Duke mempunyai permintaan yang sangat tinggi di Asia sehingga KTM Duke telah memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, KTM 790 Duke mempunyai permintaan yang sangat tinggi di Asia sehingga KTM Duke telah memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China.
Pendidikan, budaya kerja dalam membentuk masa depan ekonomi mampan
Menurut Ketua Ekonomi Buruh, Kementerian Sumber Manusia dan Emiratis, UAE, Prof Madya Dr. Mohd Yusof Saari, langkah menyesuaikan sistem pendidikan dan budaya adalah untuk memastikan kelestarian pertumbuhan ekonomi serta mendorong peningkatan keupayaan untuk mengadaptasi setiap arus perubahan yang dinamik.
Aksi sumbangsih: 1,500 polis kawal keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.
Piala Sumbangsih: Jangan ada provokasi - Polis
Polis ingatkan supaya jangan ada provokasi pada perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Jumaat ini.
Tanggungjawab basmi rasuah bukan hanya di tangan kerajaan
Tanggungjawab perangi rasuah bukan hanya terletak di bahu kerajaan semata-mata.
Menurut pakar kriminologi, Datuk Shahul Hamid, sebaliknya, tanggungjawab itu merangkumi semua lapisan masyarakat untuk membasmi jenayah itu secara menyeluruh.
Menurut pakar kriminologi, Datuk Shahul Hamid, sebaliknya, tanggungjawab itu merangkumi semua lapisan masyarakat untuk membasmi jenayah itu secara menyeluruh.
Ketirisan RM277 bilion dalam lima tahun sangat menggemparkan – PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun (2018 – 2023) seperti yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah angka yang menggemparkan, dan membuktikan gejala rasuah semakin membengkak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[TERKINI] Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dua syarikat yang dikatakan menyediakan senjata kepada Rejim Zionis itu – Lockheed System dan BAE Systems – tidak berdaftar di negara Israel seperti mana syarikat perkapalan ZIM.
Agong lawat Parlimen Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan melawat Parlimen Singapura bersempena dengan lawatan negara selama dua hari ke republik berkenaan.
NVIDIA dijangka lancar kad grafik GeForce RTX 5090 sahaja tahun ini
NVIDIA sedang memfokuskan pengeluaran kad grafik mereka untuk tujuan pembelajaran mesin dan kecerdasan terlebih dahulu dengan cip grafik NVIDIA Blackwell B200 mereka.
Curi batu delima bernilai lebih RM1 juta, lima remaja direman
Pada 19 Mei lalu, kejadian itu disedari warden asrama apabila ternampak bilik pejabat dalam maahad itu telah dipecah masuk.