DAP Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat tergempar esok berikutan penahanan Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata mesyuarat itu akan diadakan sejurus Lim, yang akan dihadapkan ke mahkamah esok, dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah.
"DAP akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa negeri tergempar esok untuk membuat keputusan bagi menangani krisis politik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau berkata mesyuarat itu hanya akan diadakan dengan kehadiran Lim.
Chow yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, berkata DAP menganggap tuduhan terhadap Lim berunsur politik untuk mematikan kariernya.
"Pesanan Lim kepada saya adalah menguatkan semangat menghadapi krisis politik ini dan memastikan parti dan kerajaan negeri tetap kukuh dalam masa ini," katanya.
Sementara itu, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dalam satu kenyataan berkata PKR akan sentiasa menyokong dan berdiri teguh di belakang ketua menteri itu.
Lim sebelum ini disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta daripada Phang Li Koon dan dikatakan di bawah harga pasaran.
Mei lepas, Lim dan isterinya Betty Chew memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, di sini, bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.
Bernama
Wed Jun 29 2016
Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata mesyuarat itu akan diadakan sejurus Lim Guan Eng dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
DAP Pulau Pinang dijangka umum senarai calon PRN minggu depan
DAP Pulau Pinang dijangka mengumumkan senarai penuh 19 calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu depan.
PRN: DAP Pulau Pinang mahu parti Kerajaan Perpaduan pertahan kerusi mereka - Chow
DAP Pulau Pinang mahu parti dalam Kerajaan Perpaduan mempertahankan kerusi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.
PRU15: DAP P Pinang mesyuarat petang ini
DAP Pulau Pinang akan bermesyuarat petang ini bagi membincangkan tindakan yang boleh diambil oleh jawatankuasa DAP negeri susulan pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri.
DAP Pulau Pinang mula temu duga 30 muka baharu untuk PRU15
Sesi temu duga yang bermula semalam, dijangka selesai dalam tempoh empat hari, diikuti temu duga untuk calon penyandang kerusi sedia ada.
DAP Pulau Pinang adakan mesyuarat tergempar esok
Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata mesyuarat itu akan diadakan sejurus Lim Guan Eng dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah.
Guan Eng dicabar tanding pemilihan DAP Pulau Pinang
Naib Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk bertanding dalam pemilihan parti DAP negeri, Ahad ini.