GEORGE TOWN: DAP Pulau Pinang dijangka mengumumkan senarai penuh 19 calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu depan.
Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying berkata sebagaimana yang diumumkan pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, senarai nama itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP minggu ini untuk membuat keputusan mengenai calon-calon yang akan bertanding nanti.
Beliau berkata DAP Pulau Pinang akan bermesyuarat minggu ini bagi menentukan nama-nama yang akan dicadangkan kepada lima wakil jawatankuasa pemilihan pusat.
"Secara tradisinya, DAP negeri akan memperkenalkan calon-calonnya sebelum penamaan calon, jadi kita tunggu pengumuman Chow nanti. Setakat ini, memang kita akan bertanding 19 kerusi DUN di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Beng Teik di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.
Sementara itu ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa beliau akan bertanding kerusi DUN Pulau Pinang, Lim yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata sebaliknya berkata beliau tidak akan bertanding pada PRN kali ini.
Katanya beliau mahu mengambil masa ini untuk memberi tumpuan kepada jawatan Timbalan Menteri Pendidikan dan juga Ahli Parlimen Tanjong.
"Saya adalah Ahli Parlimen yang baharu, pertama kali bertanding dan menang... dan banyak lagi perkara yang perlu saya belajar, jadi saya tidak akan bertanding PRN untuk memberi tumpuan kepada portfolio kementerian pendidikan yang agak berat dan juga memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengundi-pengundi saya di parlimen Tanjong," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) secara keseluruhannya DAP menang 19 kerusi DUN di Pulau Pinang dan akan mempertahankan kesemua kerusi DUN yang disandang terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023
Lim berkata sebagaimana yang diumumkan pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, senarai nama itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP minggu ini. - Gambar fail/BERNAMA
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
DAP Pulau Pinang dijangka umum senarai calon PRN minggu depan
DAP Pulau Pinang dijangka mengumumkan senarai penuh 19 calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu depan.
PRN: DAP Pulau Pinang mahu parti Kerajaan Perpaduan pertahan kerusi mereka - Chow
DAP Pulau Pinang mahu parti dalam Kerajaan Perpaduan mempertahankan kerusi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.
PRU15: DAP P Pinang mesyuarat petang ini
DAP Pulau Pinang akan bermesyuarat petang ini bagi membincangkan tindakan yang boleh diambil oleh jawatankuasa DAP negeri susulan pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri.
DAP Pulau Pinang mula temu duga 30 muka baharu untuk PRU15
Sesi temu duga yang bermula semalam, dijangka selesai dalam tempoh empat hari, diikuti temu duga untuk calon penyandang kerusi sedia ada.
DAP Pulau Pinang adakan mesyuarat tergempar esok
Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata mesyuarat itu akan diadakan sejurus Lim Guan Eng dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah.
Guan Eng dicabar tanding pemilihan DAP Pulau Pinang
Naib Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk bertanding dalam pemilihan parti DAP negeri, Ahad ini.