Satu delegasi Malaysia yang diketuai Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dijadualkan bertemu ahli-ahli Parlimen Eropah (MEP) di Brussels minggu depan untuk membincangkan isu-isu berkaitan minyak sawit.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Dr Kalyana Sundram, delegasi tersebut juga akan membincangkan beberapa isu berkaitan Laporan Draf MEP bagi isu-isu perundangan dan bukan perundangan, termasuk alam sekitar dan kesihatan.
"Laporan Draft itu merupakan laporan awal yang dihasilkan oleh pakar-pakar yang dilantik oleh Kesatuan Eropah (EU) kerana beberapa petikan dalam laporan itu tidak 100 peratus tepat atau secara umumnya tidak berkaitan dengan senario di Malaysia.
"Jadi kita merasa terpanggil untuk campur tangan, kerana kita boleh menyediakan maklumat yang lebih tepat dan berdasarkan fakta mengenai senario Malaysia," katanya kepada pemberita di luar acara yang julung kali diadakan Wacana Antarabangsa Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia mengenai Kelestarian Minyak Sawit, di sini, hari ini.
Kalyana berkata delegasi tersebut akan membincangkan cadangan resolusi oleh blok 28 negara itu termasuk rancangan untuk mengenakan pensijilan dari EU ke atas minyak sawit.
"Mereka masih membincangkan perkara itu, tetapi kita berharap EU tidak akan memerlukan pensijilan dari EU kerana Malaysia merupakan negara pengeluar dan pensijilan perlu datang daripada negara pengeluar.
"Sebagai pengeluar, kita membangunkan standard kita sendiri dan kita mahu menjadikannya mandatori," katanya.
Pada April, Parlimen Eropah telah meluluskan untuk menghentikan secara berperingkat minyak sawit tidak lestari menjelang 2020, dan menyokong pelan Minyak Sawit Lestari Diperakui (CSPO) bagi eksport minyak sawit dan sayuran lain ke Eropah untuk memastikan ia dihasilkan dengan cara yang lestari.
Kalyana berkata suruhanjaya EU akan mengambil ulasan dari Malaysia dan negara-negara lain untuk dipertimbangkan dan kemudiannya mengeluarkan laporan yang dikemas kini.
"Kita (kemudian nanti) mungkin akan mempunyai laporan yang lebih baik," katanya sambil menambah Malaysia mengesahkan komitmennya untuk membekalkan CSPO menerusi standard Minyak Sawit Lestari Malaysia pada akhir 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2017
Delegasi Malaysia boleh menyediakan maklumat yang lebih tepat dan berdasarkan fakta mengenai senario tempatan. - Gambar fail
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberikan ruangan untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan pengiklanan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
Menteri Luar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-EU di Brussels
Ia dijangka membincangkan, antara lain, hala tuju hubungan dialog ASEAN-EU serta kerjasama politik, keselamatan dan ekonomi.
Sidang Kemuncak ASEAN-EU buka ruang bincang isu perdagangan
Sempena dengan sidang kemuncak itu rundingan dua hala intensif antara wakil EU dan Malaysia bakal diadakan.
Pemimpin EU hampir capai persetujuan pelan rangsangan ekonomi 750b Euro
Ini selepas Presiden Majlis EU Charles Michel membentangkan kompromi untuk mengurangkan jurang antara kumpulan yang bersetuju dan yang tidak.
Sesi persekolahan di Belgium dibuka semula
Setiap murid dan pelajar perlu memastikan penjarakan sosial sepenuhnya namun sesi pembelajaran menerusi dalam talian tetap diteruskan.
Tidak peduli rayuan Itali, Kesatuan Eropah akhirnya tampil mohon maaf
Selepas Rom mendakwa permohonan bantuan perubatan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 tidak mendapat respons bulan lalu, Kesatuan Eropah (EU) tampil membuat permohonan maaf kepada negara itu.
COVID-19: Belgium umum kilang coklat sebagai sektor penting, dibenarkan beroperasi
Beberapa pengeluar jenama coklat sedang berusaha memastikan jualan mereka tidak terjejas dalam tempoh kritikal ini.
Laman web palsu sebar berita propaganda India
Kewujudan rangkaian penyebaran berita palsu pro-India didedah.
OIC sokong krisis di Syria diselesaikan guna politik
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mendesak komuniti antarabangsa untuk segera membantu pelarian Syria dan menyokong penyelesaian politik.
Wan Azizah kesal Suu Kyi abai isu Rohingya
Dr Wan Azizah berkata reputasi Suu Kyi sebagai Pemenang Hadiah Keamanan Nobel tercalar berikutan keengganannya mendesak tentera Myanmar menamatkan kempen keganasan yang berlarutan sekian lama itu.
Malaysia, EU akan meterai PCA pada Januari 2019
Malaysia akan melihat perdagangan dua hala dan pelaburan dengan lebih meluas apabila PCA ditandatangani dengan EU, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.