Dewan Perdagangan Digital Malaysia mengalu-alukan usaha pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura demi memanfaat ekonomi kedua-dua negara.
Presidennya, Chris Daniel Wong pada masa sama berkata, langkah itu penting memandangkan Singapura merupakan pusat kewangan di Asia dan negara juga memerlukan penjanaan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dari Singapura.
Malah, kesukaran tenaga kerja dari Malaysia untuk berulang-alik ke Singapura sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada pertumbuhan negara republik itu.
"Pertama ialah orang Malaysia yang menetap di Johor yang berulang-alik ke Singapura untuk bekerja. Kita tengok ada laporan ramai yang hilang pekerjaan iaitu lebih kurang setengah juta lebih yang ada di Johor, tidak dapat ke Singapura untuk bekerja. Ia secara langsung, ia membantutkan pertumbuhan negara Singapura.
"Kedua, kita lihat kepada transborder commerce antara Malaysia-Singapura. Singapura adalah negara kedua pelaburan terbesar di Malaysia. Jadi apabila kita melalui Fasa PKP pada empat bulan lepas, kita lihat pelaburan memang mundur apabila sempadan telah ditutup selama tempoh ini. Jadi kita amat mengalu-alukan pembukaan sempadan ini," katanya kepada Astro AWANI semasa Buletin AWANI Khas pada Selasa.
BACA: Malaysia-Singapura benarkan rentas sempadan bersyarat
Katanya lagi, penggunaan teknologi banyak membantu dalam urusan perniagaan kedua-dua negara.
Namun, perniagaan tetap memerlukan pendekatan secara bersemuka selain sokongan teknologi semasa.
"Selama empat bulan lepas ini, iaitu sejak bulan 3, semasa PKP, saya sendiri menggunakan perisian video conferencing seperti Zoom dan Skype untuk berurusan dengan rakan di Singapura.
"Namun ada kekurangannya, apabila kita berurusniaga, perlu juga kita bersua muka bagi mengeratkan sialturrahim agar kita melancarkan perjalanan perniagaan. Walaupun teknologi membantu, namun silaturrahim antara manusia kena ada. Itulah yang perlu ada apabila berniaga sesama kita," tambah beliau.
Apa yang penting katanya, setiap orang perlu mementingkan disiplin dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol yang ditetapkan kedua-dua negara bagi mengelak penularan COVID-19.
"Dari segi protokol dan SOP tiada beza dengan Malaysia. Ia termasuk pemeriksaan suhu badan dan memasukkan maklumat peribadi bagi memastikan pengesanan kontak rapat dilakukan. Saya rasa SOP sudah dilalui empat bulan, namun yang penting ialah disiplin, para peniaga yang ulang alik ini, pentingnya disiplin.
"Apabila ke Singapura ada SOPnya sendiri iaitu kita perlu ke tempat yang kita nak pergi sahaja. Itu adalah disiplin. Jangan ke mana-mana melainkan ke tempat kerja, tempat makan dan terus pulang ke hotel," tambahnya.
Malah, sebagai majikan, beliau berpendapat setiap majikan perlu sentiasa diingatkan mengenai pematuhan SOP apabila pembukaan sempadan dilaksanakan nanti.
"Para majikan dan pihak sumber manusia syarikat hanya boleh letakkan SOP di tempat masing-masing. Paling penting ialah pendidikan. Para pekerja harus dididik dan selalu diingatkan tentang SOP. Kenapa SOP ini penting agar mereka ingat dan patuh kepada SOP. Ini adalah disiplin yang ada pada diri sendiri supaya kita tidak akan bebankan orang lain dan kita akan buatkan orang lain selesa bekerja," ujarnya.
Pada Selasa, Menteri Luar kedua-dua negara, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Dr Vivian Balakrishnan dalam satu kenyataan bersama berkata, Malaysia dan Singapura bersetuju membenarkan rentas sempadan secara bersyarat menerusi inisiatif Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA).
Kedua-dua inisiatif itu dijangka akan dilaksanakan pada 10 Ogos depan melibatkan urusan perniagaan dan rasmi antara kedua-dua negara serta pemegang pas imigresen jangka panjang untuk tujuan perniagaan dan pekerjaan.
Rahimah Abdullah
Tue Jul 14 2020
Menurut Daniel, Dewan Perdagangan Digital Malaysia mengalu-alukan usaha pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura demi manfaat ekonomi kedua-dua negara. - Foto Astro AWANI
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.
Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia
Lebih 1,700 suspek ditahan di 10 negara Asia dalam operasi besar-besaran terhadap penyeludupan senjata api haram, kata Interpol.
Pasaran saham global dijangka melonjak tahun depan - Goldman Sachs
Unjuran itu termasuk jangkaan pulangan harga lapan peratus dan jumlah pulangan kepada 10 peratus untuk saham global pada tahun depan.
Australia mahu layak awal ke Piala Dunia 2026
Australia terpaksa memenangi playoff menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk ke Qatar tahun lalu selepas terlepas kelayakan langsung.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Peruntukan RM30 juta bukti kerajaan mahu Malaysia jadi hab e-sukan diiktiraf
Ketua Yoodo Chow Tuck Mun berkata e-sukan dilihat semakin berkembang, malah terdapat banyak bakat tempatan dan pemain yang berjaya mencipta nama dalam sukan itu.
Malaysia antara peminum kopi terbanyak di Asia Pasifik
Rakyat Malaysia secara purata meminum 107 cawan kopi pada tahun 2021 berbanding hanya 52 cawan pada empat tahun sebelumnya.
Keberkesanan servis boleh jadi kunci rampas emas Thailand
Senjata yang diperlukan skuad negara untuk mengatasi Thailand adalah menerusi servis konsisten yang menghasilkan mata atau sekurang-kurangnya menyukarkan pemain lawan.