Dua maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 201.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan selepas Hentian Rehat & Rawat Gunung Semanggol dekat Bukit Merah di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata insiden itu berlaku kira-kira 8.15 malam apabila sebuah treler membawa muatan simen dari arah selatan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan.

"Sebuah kereta Proton Exora dari arah utara melanggar sisi treler terbabit dan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar.

"Sementara itu, sebuah kereta Perodua Myvi juga dari arah utara melanggar treler dan terbabas ke bahu jalan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Ekoran kejadian itu, pemandu kereta Proton Exora dipercayai lelaki rentung sementara pemandu kereta Myvi meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu treler mengalami patah kaki dan dihantar ke Hospital Parit Buntar, katanya. -- Bernama