Dua sahabat maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki hilang kawalan dan merempuh tembok Plaza Tol Batu Tiga, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian pada 6.36 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Azki Dahlan Jamit, 21, dan Norsya'Baniah Norhisham, 20.
"Pemandu kereta itu pula, Muhammad Azri Dahlan Jamit, 23, yang juga abang kepada Muhammad Azki cedera pada beberapa bahagian badan dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang serta dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta dari arah Kuala Lumpur ke Klang itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh tembok di plaza tol berkenaan.
"Akibat rempuhan itu, dua penumpang (Muhammad Azki dan Norsya'Baniah) disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan akibat tersepit di dalam kereta itu yang remuk teruk pada bahagian hadapan," katanya.
"Mayat kedua-dua mangsa telah dibedah siasat di Hospital Shah Alam dan dituntut anggota keluarga kira-kira 1.30 tengah hari tadi," katanya.
Shafien berkata pihaknya akan meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian dan sedang mencari saksi bebas untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2018
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian pada 6.36 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Azki Dahlan Jamit, 21, dan Norsya'Baniah Norhisham, 20. - Gambar fail
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
3 rumah, dua kereta musnah dijilat api di Sungai Siput
Kebakaran itu turut membabitkan dua buah kereta yang musnah 90 peratus.
Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza
Perodua juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.
Rumah, kereta, tiga motosikal musnah dijilat api
Pihak JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran di Kampung Selat Pulau itu pada jam 1.57 pagi.
Dua maut termasuk kanak-kanak, 11 cedera, nahas dua kenderaan
Mangsa yang maut merupakan seorang lelaki yang memandu kereta dan seorang kanak-kanak lelaki.
Bomba selamatkan kanak-kanak empat tahun terperangkap dalam kereta
Anggota bertindak membuka kereta tersebut menggunakan peralatan khas sehingga berjaya.
Kanak-kanak lima tahun maut, 4 lagi parah
Kanak-kanak tersebut maut di lokasi dipercayai mengalami kecederaan parah.
8 cedera, 7 selamat nahas 9 kenderaan di lebuh raya
Dipercayai kemalangan yang membabitkan sembilan kenderaan itu berlanggar dari arah belakang, bagaimanapun tiada mangsa tersepit.
Jualan kereta Honda melonjak 51 peratus kepada 80,200 unit pada 2022
City, City Hatchback dan HR-V merupakan tiga model utama yang paling laris.
Rumah, kereta musnah terbakar di Hutan Melintang
Kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas B berkeluasan 40x40 terbakar sebanyak 65 peratus, sebuah kereta turut musnah terbakar 80 peratus.
Dua maut, enam cedera nahas di Sungai Buloh
Mangsa yang maut merupakan kanak-kanak perempuan dan lelaki dewasa.