Masyarakat diminta merujuk senarai semua hospital dan klinik saringan COVID-19 swasta yang diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengelakkan kekeliruan serta penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga kini, terdapat lebih 50 hospital dan klinik swasta seluruh negara yang diluluskan KKM untuk menjalankan saringan wabak itu.
"Kita ada senarai semua hospital dan klinik rawatan serta saringan COVID-19. Orang ramai diminta rujuk pada portal CPRC (Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan) KKM," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 pada Sabtu.
Dr Noor Hisham turut menyeru masyarakat segera melaporkan kepada pihak berkuasa dan KKM sekiranya mengetahui berlaku kegiatan penipuan dan pemalsuan dokumen saringan COVID-19.
Tegasnya, ia adalah satu kesalahan dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Semalam dilaporkan bahawa lima lelaki Bangladesh ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pemalsuan dokumen keputusan negatif saringan COVID-19 bagi warga asing dalam serbuan di Jalan Tengkat Tong Shin, Kuala Lumpur pada 9 Jun lalu.
Mengenai kes tukang gunting rambut warga Pakistan yang disahkan positif COVID-19 semalam, Dr Noor Hisham berkata setakat ini, kes itu belum diklasifikasi sebagai kluster memandang hanya seorang yang disahkan positif.
Beliau berkata tindakan sewajarnya telah diambil dengan menjalankan saringan kepada kontak rapat dan mereka yang telah mendapatkan khidmat gunting rambut daripada tukang gunting rambut berkenaan.
"Kes yang positif (tukang gunting rambut) telahpun kita asingkan dan masukkan ke hospital manakala kes yang dikenal pasti kontak rapat, kita arahkan untuk kuarantin di rumah. Jadi tindakan telah diambil dan siasatan telah dijalankan," katanya.
Ditanya mengenai insiden sebuah pasar borong Xinfadi di Beijing terpaksa ditutup Sabtu selepas 45 peniaga dikesan positif dan virus itu dikesan pada papan pemotong yang digunakan penjual ikan salmon, Dr Noor Hisham berkata isu kebersihan harus dipandang serius.
"Kalau guna papan pemotong yang tidak bersih, ada kemungkinan jangkitan akan berlaku. Kita perlu mengingatkan semua orang supaya jaga kebersihan.
"Virus COVID-19 telah mengajar kita untuk menjaga kebersihan diri dan sekarang ini, kita mengharapkan rakyat mengamalkan kebersihan dan langkah pencegahan," katanya.
Beliau berkata virus itu masih ada dalam komuniti walaupun sudah ada sinar cahaya yang seolah-olah berjaya (mengekang penularan), justeru itu, penting bagi rakyat mengambil pendekatan serius dalam menjaga kebersihan diri dan amalan normal baharu.
Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata tiada peningkatan kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas barisan hadapan KKM sehingga semalam.
Seramai 416 petugas kesihatan KKM dikesan positif namun 80 peratus mendapat jangkitan itu di luar hospital sama ada dalam komuniti atau rakan sejawat, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 13 2020
Dr Noor Hisham berkata terdapat lebih 50 hospital dan klinik swasta seluruh negara yang diluluskan KKM. - Bernama
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.