Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat empat kes baharu dilaporkan sehingga pukul 12 tengahari pada Ahad.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, pertambahan empat kes ini menjadikan jumlah mereka yang terbabit dengan virus ini adalah sebanyak 29 kes.

"17 orang dalam kalangan Patient-Under-Investigation (PUI), 10 dalam kalangan kontak rapat dan dua orang dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan.

"Dari jumlah tersebut, 15 orang adalah warganegara China, 11 orang adalah warganegara Malaysia dan tiga orang adalah lain-lain warganegara (iaitu Amerika Syarikat, Jepun serta Itali).

"Daripada 29 kes positif ini, sebanyak 22 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj menjadikan kes yang masih menerima rawatan di wad pada ketika ini seramai tujuh orang.