awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar yakin nilai dagangan Malaysia–Turkiye mampu capai AS$10 bilion lebih awal
Terbuka Malaysia: Pearly-Thinaah akhiri badi, ulangi aksi final Sukan SEA Thailand 2025
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggunaan vaksin selain Pfizer BioNTech tunggu kelulusan NPRA, SCoVAG - Uggah

Fadilah Sulaiman, Afiezul Samit
Fadilah Sulaiman, Afiezul Samit
27/02/2021
08:17 MYT
Penggunaan vaksin selain Pfizer BioNTech tunggu kelulusan NPRA, SCoVAG - Uggah
Douglas berkata, SCoVAG yang diketuai Datu Dr Andrew Kiyu Dawie Usop bersama 11 lagi saintis akan menasihati kerajaan negeri berhubung vaksin COVID-19.
KUCHING: Penggunaan vaksin selain keluaran Pfizer BioNTech di Sarawak akan ditentukan mengikut kelulusan Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA) serta nasihat Jawatankuasa Kumpulan Penasihat Vaksin COVID-19 (SCoVAG).
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, SCoVAG yang diketuai Datu Dr Andrew Kiyu Dawie Usop bersama 11 lagi saintis akan menasihati kerajaan negeri berhubung vaksin COVID-19.
"Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa kumpulan penasihat COVID-19 yang diketuai oleh Datu Dr Andrew Kiyu dan 11 lagi pakar saintis yang akan menasihat kerajaan negeri mengenai isu vaksin ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Program Imunisasi Kebangsaan Sarawak di Stadium Perpaduan, Kuching pada Sabtu.
Selain itu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitahu sebarang vaksin yang digunakan akan diteliti terlebih dahulu.
"Setakat ini kita hanya tumpu kepada vaksin Pfizer BioNTech dan jika pihak NPRA mengatakan bahawa vaksin lain boleh digunakan maka kita akan meneliti perkara ini.
"Penggunaan lain-lain vaksin seperti Sinovac adalah tertakluk kepada kelulusan NPRA sebelum digunakan di Sarawak," katanya.
Topic Berkaitan
#vaksin COVID-19
#Sarawak
#COVID 19
#Douglas Uggah Embas
#Kuching
#Abang Johari Tun Openg
#Datu Dr Andrew Kiyu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan