Daerah zon merah berkurang menjadi 8 kawasan berbanding 9 kawasan semalam, selepas Gombak, Selangor mencatatkan penurunan kes aktif COVID-19 kepada 35 kes.

Menerusi infografik yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) pada Rabu, lapan daerah yang kekal menjadi zon merah ialah Petaling dengan kes 61 kes aktif, Batu (104), Ibu Kota (159), Kampung Bharu (97), Sri Petaling (45), Seremban (46), Rembau (130) serta Kuching (77).


Dalam pada itu, KKM memaklumkan Limbang (Sarawak) dan Kinabatangan (Sabah) kini bertukar status kawasan hijau dengan sifar kes aktif bersama 121 daerah lain manakala 72 daerah lain diletakkan di bawah kategori zon kuning.

Negeri Terengganu dan Perak menuju kategori zon hijau atau negeri sifar kes aktif apabila masing-masing hanya merekodkan 8 dan 2 kes aktif.