awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: MIC nafi MCA, tetap mahu tanding kerusi Parlimen Batu

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
02/11/2022
10:40 MYT
PRU15: MIC nafi MCA, tetap mahu tanding kerusi Parlimen Batu
Kata Vigneswaran, sebarang pengumuman berkaitan kerusi dalam Barisan Nasional mesti dilakukan oleh pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran menafikan dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong bahawa partinya akan bertanding di kerusi Parlimen Batu dan bukannya MIC.
Vigneswaran berkata sebarang pengumuman berkaitan kerusi dalam Barisan Nasional mesti dilakukan oleh pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Yang mustahak, pengumuman mesti datang daripada pengerusi, bukan parti secara individu. Kalau nak lakukan apa-apa, kena cakap dengan pengerusi, bukan buat pengumuman sendiri.
"Kalau nak tukar, saya rasa tak mungkin sebab (calon) sudah diumumkan, sudah terlambat (nak tukar)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat parti itu pada Rabu.
BACA SEMUA MENGENAI PRU15 DI SINI
BACA: PRU15: Senarai calon BN diumum Zahid Hamidi
Awal hari ini, media melaporkan MCA akan meletakkan calon parlimen di Batu, Kuala Lumpur, bukannya MIC, seperti yang diumumkan Ahmad Zahid dalam majlis pengumuman, malam tadi.
Presiden MCA, Wee Ka Siong dilaporkan berkata, MCA diberi kerusi Batu sebagai pertukaran kepada Padang Serai, yang telah diberikan kepada MIC.
Ahmad Zahid pada Selasa mengumumkan A. Kohilan Pillay dari MIC akan bertanding di Batu.
Topic Berkaitan
#MIC
#MCA
#Batu
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan