Kerajaan DAP Pulau Pinang tetap mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri itu dan tidak akan tunduk sama sekali kepada amaran Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap pasukan itu.
Malah Ketua Menteri Lim Guan Eng pada sidang akhbar di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, pagi ini turut mencabar Khalid untuk berbahas secara terbuka berhubung isu PPS.
"Walaupun kami tidak ada kekuatan seperti Ketua Polis Negara, kami tidak akan tunduk kerana satu nilai sahaja iaitu kebenaran. Kalau beliau (Khalid) benar-benar rasa beliau benar, saya cabar Ketua Polis Negara untuk adakan satu perbahasan terbuka tentang PPS.
"Beranikah anda sebagai Ketua Polis Negara untuk mengadakan perbahasan tentang ucapan beliau yang sungguh tidak bertanggungjawab menggunakan kuasa untuk menangkap (anggota exco) Phee Boon Poh dan juga mengambil keterangan Ketua Menteri," katanya.
Semalam, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh.
Polis turut mengambil keterangan Lim dan Anggota Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer.
Lim berada di IPD Timur Laut sehingga jam 3.30 pagi.
Khalid dalam Twitternya semalam meminta mereka yang bertanggungjawab terhadap PPS segera menyerah diri sebelum polis menyerbu rumah mereka.
Tindakan terhadap PPS diambil berikutan kenyataan Khalid bahawa PPS adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang kerana tidak berdaftar dengan ROS.
Lim tetap menegaskan PPS adalah pertubuhan di bawah kerajaan negeri pimpinan DAP dan akan mempertahankan anggota pasukan itu.
"Kerajaan negeri tidak akan tunduk sama sekali dengan ugutan beliau (Khalid)...mungkin saya nak tanya, bilakah giliran saya untuk ditangkap...saya tunggu sama beliau," katanya.
Bernama
Mon Sep 01 2014
GUAN ENG: Saya tidak tunduk kepada Khalid
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Kes Guan Eng: BUCG tidak sepatutnya terlibat dalam mesyuarat sedia dokumen RFP - Saksi
Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa syarikat Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd (BUCG) tidak sepatutnya terlibat dalam mesyuarat atau perbincangan bagi penyediaan dokumen permintaan untuk
Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
Ahli Parlimen Port Dickson itu menjadi wakil ketua pemimpin politik kedua yang menghadap Al-Sultan Abdullah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pakatan Harapan belum putuskan anggota jawatankuasa penaja - Guan Eng
Setakat ini, belum ada pengesahan mengenai senarai anggota jawatankuasa penaja itu, yang akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
'PKR tolak PRN Pulau Pinang kerana rakyat cemuh DAP' - Syed Ali
Pakatan pembangkang sebenarnya tidak yakin memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang jika diadakan secara mengejut seperti yang dicadangkan DAP.
Hina Aidilfitri: 'Kenapa Mat Sabu diam sahaja?' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO hairan dengan sikap membisu Presiden PAN, Mohamad Sabu terhadap tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.
'Kor Ming dalang api perkauman negara' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO mendesak anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming meminta maaf secara terbuka di atas perbuatannya yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.
'Kor Ming hina Aidilfitri, mahu alih isu Guan Eng' - Armand
Tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri dilihat cubaan mengalih pandangan rakyat dalam isu rasuah Lim Guan Eng.
Debat Taman Manggis: 'Kenapa perlu berdalih?' - Guan Eng
Lim Guan Eng menegaskan bahawa pencabarnya, Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak mempunyai sebab untuk tidak mengadakan debat pada 16 April ini.
#ICYMI: Berita pilihan pengarang (14 - 20 Mac, 2016)
Berikut adalah berita pilihan pengarang Astro AWANI bagi minggu bermula 14 sehingga 20 Mac.
Jangan 'double standard' Guan Eng dengan Khir Toyo - Syed Rosli
SPRM diminta menyiasat kontrak pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang sama seperti prosedur yang dijalani bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang membeli banglonya di Shah Alam.