"Cikgu perlu bersabar mendidik anak-anak murid sebagai ibu bapa kedua mereka di sekolah kerana apa yang kita semai, itulah yang akan kita tuai," demikian pesanan penerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2020, Nor Hainei Abu Bakar.
Bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor itu berkata walaupun ada sesetengah pihak mempersoalkan kononnya guru tidak menjalankan tugas seperti biasa ekoran wabak COVID-19, namun guru-guru perlu bersabar dan terus komited memberi pendidikan kepada anak didik.
"Walaupun masa kini sesi pembelajaran tidak diteruskan secara formal di bilik darjah, tetapi pembelajaran masih diteruskan, ini adalah hasil didikan dan ketekunan cikgu," katanya ketika ditemui media.
"Kita juga lihat sewaktu negara menghadapi wabak ini, ramai ibu bapa yang risau untuk menjaga dan membantu pelajaran anak-anak yang bukannya senang.
"Tapi cikgu pula, paling ramai boleh mengajar sehingga 50 orang anak murid yang mempunyai pelbagai ragam tetapi masih boleh bersabar untuk menjaga dan mendidik sebagai ibubapa kedua mereka di sekolah," katanya.
Berkongsi pengalaman berkhidmat sebagai guru selama 36 tahun, Nor Hainei merasa terharu apabila ramai anak muridnya yang masih mengingati beliau.
"Bila bertemu anak murid yang telah berjaya seperti di pejabat imigresen dan hospital, mereka akan menyapa saya dan membantu mempermudahkan urusan saya, ini bagi saya adalah hasil apabila kita melaksanakan tugas dengan ikhlas," katanya.
Pada masa yang sama Nor Hainei turut berpesan kepada guru-guru supaya menerapkan elemen kolaborasi dan komunikasi yang baik bagi membolehkan pelajar dapat memberikan pandangan mereka secara terbuka.
"Sesuai dengan tema tahun ini, 'Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu', jadi guru perlu seiring dengan perubahan generasi baharu dengan memahami dan mahir dengan mata pelajaran yang diajarkan serta menyayangi anak murid dan mempunyai kemahiran kaunseling untuk mendekati mereka," katanya.
Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi) Aminudin Adam pula telah dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2020.
Bersyukur atas anugerah yang diterimanya, Aminudin berkata beliau melihat tugas kepimpinan sektor pendidikan pada abad ke-21 makin mencabar kerana perlu menyediakan satu persekitaran yang kondusif di peringkat sekolah bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.
"Dalam keadaan sekarang pembelajaran maya adalah sangat penting maka guru-guru perlu dilengkapkan dengan kemahiran penggunaan perkakasan teknologi terkini. Sebab itu kepimpinan pendidikan adalah untuk memastikan guru-guru ini sentiasa diberikan pendedahan kepada metadologi yang terkini," katanya.
Kedua-dua tokoh itu menerima anugerah itu daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2020.
Kedua-dua tokoh masing-masing menerima hadiah berupa wang bernilai RM50,000 dan sijil penghargaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 16 2020
Nor Hainei turut berpesan kepada guru-guru supaya menerapkan elemen kolaborasi dan komunikasi yang baik bagi membolehkan pelajar dapat memberikan pandangan mereka secara terbuka. - BERNAMA
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Guru perlu sabar hadapi cabaran pendidikan
Walaupun ada sesetengah pihak mempersoalkan kononnya guru tidak menjalankan tugas seperti biasa ekoran wabak COVID-19, namun guru-guru perlu bersabar dan terus komited.
Nor Hainei dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2020
Anugerah itu merupakan penghargaan tertinggi negara kepada guru-guru yang telah mencurahkan khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa.
Semua sekolah di Johor boleh dibuka esok
Kesemua 1,178 buah sekolah di Johor yang melibatkan 904 buah sekolah rendah dan 274 buah sekolah menengah boleh dibuka seperti biasa esok, walaupun terdapat beberapa kawasan masih dilanda banjir.