Harga runcit produk petroleum RON95, RON97 dan diesel bagi minggu ini, bermula Khamis (7 Sept) sehingga 13 September mencatatkan kenaikan.

Bermula tengah malam ini, harga runcit RON95 adalah RM2.20 seliter (naik 4 sen dari RM2.16 seliter) dan RON97 adalah RM2.48 seliter (naik 4 sen dari RM2.44 seliter).

Sementara itu, harga runcit diesel pula naik 1 sen kepada RM2.05.