Sambutan Hari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) di peringkat kebangsaan menjadi wadah negara untuk kekal komited terhadap kemakmuran sejagat, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata komitmen Malaysia terhadap misi UNESCO itu dizahirkan melalui Program Kerjasama Malaysia-UNESCO (MUCP) dan penubuhan tabung Malaysia-UNESCO Funds-in-Trust (MFIT) yang menjadi platform negara berkongsi kepakaran teknikal bersama negara anggota UNESCO.
"Sehingga tahun ini, bibit kerjasama MUCP-MFIT, yang dimeterai pada 2009, telah melaksanakan 19 projek meliputi spektrum kompetensi UNESCO iaitu pendidikan, saintifik dan kebudayaan.
"Malaysia percaya asas kepada keamanan global yang lestari adalah daripada perkongsian ilmu," kata Mahdzir selaku presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) ketika melancarkan sambutan Hari UNESCO Malaysia 2017 di Kundasang dekat sini, hari ini.
Katanya penganjuran peringkat kebangsaan sambutan itu sejak 2011 memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kerjasama erat antara Malaysia dan UNESCO sejak 1958, khususnya dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mapan (SDG).
Terdahulu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun dalam ucapannya berkata pengisytiharan Taman Negara Kinabalu di kaki Gunung Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO menuntut masyarakat setempat untuk memberi penerangan yang betul kepada pengunjung mengenai adat di gunung tertinggi di Malaysia itu.
Menurutnya, masyarakat setempat lebih memahami adat setempat dan harus memainkan peranan dalam berhubung dengan pengunjung.
"Tahun lepas, Sabah menerima kira-kira 3.4 juta pelancong, yang mana separuh daripada jumlah itu datang ke Taman Kinabalu untuk melihat Gunung Kinabalu.
"Masyarakat setempat yang majoritinya daripada kaum Dusun boleh memainkan peranan untuk mendidik pelancong mengenai adat, bahasa dan usaha pemeliharaan alam sekitar di kawasan ini," katanya.
Masidi berkata kerajaan Sabah sentiasa berusaha untuk memulihara dan mengekalkan alam semula jadi di negeri ini agar generasi masa depan dapat mengalaminya seperti yang dinikmati generasi sekarang.
Pengarah Biro Sains UNESCO Wilayah Asia dan Pasifik Dr Shahbaz Khan berkata rakyat di negara ini harus berasa bertuah kerana mempunyai banyak kawasan yang digazetkan sebagai Tapak Warisan Dunia iaitu Taman Negara Mulu, Warisan Arkeologi Lembah Lenggong dan Bandar Bersejarah Melaka serta George Town, selain Taman Negara Kinabalu.
"Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia bermakna tapak-tapak ini adalah milik dunia.
"Tentunya, ia akan menggalakkan ramai dari seluruh dunia datang ke Malaysia untuk mengagumi Tapak Warisan Dunia ini, sekaligus membantu sektor pelancongan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2017
Mahdzir menerima cenderakenangan daripada Masidi sejurus selepas merasmikan Hari UNESCO Malaysia 2017 di Dataran Pekan Kundasang hari ini. - Bernama
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Hari UNESCO Malaysia komitmen terhadap kemakmuran sejagat
Malaysia percaya asas kepada keamanan global yang lestari adalah daripada perkongsian ilmu.