Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal dan Gerakan Belia 4B Kawasan Nibong Tebal telah membuat laporan terhadap pemilik akaun Facebook bernama Balan Pillai berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.
Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Nibong Tebal Rokiman Shah Harun di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, di sini kira-kira 3 petang Ahad.
"Laporan polis ini adalah untuk meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat akaun Facebook ini dengan segera. Yang keduanya, kami juga meminta Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik akaun ini.
"Kami juga berharap kerajaan Pakatan Harapan supaya sensitif dan dapat ambil tindakan yang segera dan sewajarnya," kata Mohd Norhiesam kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
Dalam Facebook menerusi akaun bernama Ballan Pillai itu didakwa memburukkan Nabi Muhammad SAW dan menghina umat Islam yang melakukan tawaf di Kaabah selain menyatakan agama Islam sebagai agama pengganas.
Mohd Norhiesam berkata tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan ketegangan antara agama. -- Bernama
Bernama
Sun Jul 22 2018
Laporan dibuat terhadap pemilik akaun Facebook "Balan Pillai" berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam. - REUTERS/Fail
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Hina Nabi: Pemuda UMNO buat laporan polis
Laporan dibuat terhadap pemilik akaun Facebook "Balan Pillai" berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.