Kementerian Pendidikan telah menyerahkan Kertas Laporan Butiran dan Maklumat berkaitan jumlah serta lokasi sekolah para guru besar yang terbabit dalam proses kenaikan gred kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata laporan tersebut telah diserahkan ketika pertemuan beliau dengan timbalan perdana menteri hari ini untuk perhatian selanjutnya susulan isu gred jawatan guru besar dan penolong kanan yang dikatakan tidak memuaskan.
"Masih belum dibincang (di peringkat Kabinet) tetapi saya telah maklumkan kepada timbalan perdana menteri dalam bentuk jumlah keseluruhan nama dan gred guru besar dan akan dibincangkan dalam Kabinet nanti," katanya kepada pemberita elepas merasmikan Majlis Konvokesyen dan Apresiasi Sekolah Kiblah di sini hari ini.
Hadir sama ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga penasihat tetap Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah.
Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata isu gred pentadbir di sekolah rendah khususnya guru besar dan penolong kanan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet ekoran permintaan tangga gaji sedia ada dikaji semula untuk perjawatan tersebut.
Yang Dipertua Majlis Guru Besar (MGB) Perak, Rustam Affandy Abdul Aziz sebelum ini menyuarakan permohonan agar kerajaan mempertimbang gred jawatan pentadbir di sekolah rendah disamatarafkan dengan jawatan kenaikan pangkat di sekolah menengah iaitu DG52 bagi guru besar dan DG48 bagi guru penolong kanan.
Menurutnya, pada ketika ini, guru dilantik ke jawatan guru besar kekal di gred jawatan disandang iaitu DG34 dan hanya diberi elaun sebanyak RM200 manakala guru penolong kanan, kekal di gred hakiki DG32 dengan menerima elaun sebanyak RM60 sedangkan pada masa kini mereka adalah guru-guru siswazah.
Berhubung Sekolah dan Maahad Kiblah, Mahdzir berkata kecemerlangan institusi pendidikan swasta itu harus dicontohi sekolah agama swasta lain.
"Mereka bukan hanya menyediakan pengajian hafazan Al-Quran tetapi turut memberi sistem pendidikan akademik yang disediakan Kementerian Pendidikan dan juga latihan vokasional kepada para pelajar... ini harus dicontohi sekolah agama swasta yang lain, " katanya.
Sementara itu, Hamzah berkata Sekolah dan Maahad Kiblah baru-baru ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud di Riyadh, Arab Saudi bagi pembinaan pusat linguistik.
"MoU ini merupakan putik kejayaan sekolah ini sekaligus mengembangkan pilihan pengajian yang ditawarkan sekolah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2017
MAHDZIR berkata kementeriannya telah menyerahkan Kertas Laporan Butiran dan Maklumat berkaitan jumlah serta lokasi sekolah para guru besar yang terbabit dalam proses kenaikan gred kepada TPM Ahmad Zahid. - Gambar fail
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
'Heritage tree scheme' pelaksanaan negara Singapura boleh dijadikan sebagai contoh
ara stategi singapura yang boleh diadaptasikan oleh Malaysia adalah dengan mewujudkan Heritage Tree Scheme.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
'Bahang' April paling ekstrem & Asia paling terkesan
Pemindahan pokok tidak disarankan, potensi untuk merosakkan sistem ekologi
Walaupun pemindahan pokok yang tua ini sering dilihat sebagai satu alternatif terbaik untuk mengurangkan daripada kejadian pokok tumbang daripada berlaku.
Namun pun begitu, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, kaedah itu hanya akan memudaratkan sistem ekologi yang pada mulanya sudah pun stabil.
Namun pun begitu, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, kaedah itu hanya akan memudaratkan sistem ekologi yang pada mulanya sudah pun stabil.
Tempe sebagai sumber protein tambahan murid sekolah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang memperkenalkan tempe sebagai pilihan tambahan bagi sumber protein kepada murid sekolah rendah di negeri itu.
Mahkamah isu perintah larangan bersuara terhadap Chegu Bard
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard bagi melarangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan kes fitnah jenayah yang dihadapinya.
Guru besar mati lemas kereta terhumban dalam sungai
Guru besar sebuah sekolah rendah di Kuala Nerang maut setelah kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sungai di Kampung Lama, Tandop di sini, awal pagi tadi.
Guru perlu sabar hadapi cabaran pendidikan
Walaupun ada sesetengah pihak mempersoalkan kononnya guru tidak menjalankan tugas seperti biasa ekoran wabak COVID-19, namun guru-guru perlu bersabar dan terus komited.
Nor Hainei dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2020
Anugerah itu merupakan penghargaan tertinggi negara kepada guru-guru yang telah mencurahkan khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa.
Keluarga guru besar mula terima kehilangan Jashiah Rabu
Jashiah kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling, Kuala Kubu Bharu pada 23 Okt lepas.
Polis guna khidmat pasukan paranormal sebagai ikhtiar cari guru besar hilang
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan mengadakan bacaan Yasin di sekitar kawasan pondok yang dipercayai menjadi lokasi terakhir Jashiah Rabu dikesan, esok.
Pencarian Guru Besar hilang tertumpu di sekitar anak sungai - Polis
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru besar Sekolah Kebangsaan Tamat Keramat, Jashiah Rabu,53, yang hilang sejak 10 hari lepas ditumpukan di sekitar kawasan anak sungai Kampung Buluh Telur.
Guru Besar hilang ketuk pintu rumah Orang Asli minta makanan - Anak
Anak ketiga mangsa Mohamad Irfan Ruzilan berkata beberapa penduduk kampung menyatakan ibunya mengetuk pintu rumah penduduk untuk meminta makanan.
Sekolah tutup jika jarak penglihatan kurang 500 meter - Mahdzir Khalid
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Guru Besar boleh membuat keputusan menutup sekolah sekiranya jarak penglihatan di bawah 500 meter.