“Kami beri masa 24 jam untuk ahli jemaah pengurus SJKC Nan Ya memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini”.
Demikian tegas Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Rafiq Naizamohideen susulan kejadian guru Cina Muslim di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Johor yang dipaksa membuka tudung.
Pang Ah Ngang yang berusia linkungan 60an dikatakan telah mendesak guru Muslim Cina tersebut untuk membuka tudung selain mengancam keselamatannya.
“Guru tersebut telah membuat laporan polis di IPD Kota Tinggi dimana pihak polis telah memanggil Pang Ah Ngang untuk memberi keterangan.
“Walaupun laporan polis telah dibuat dan Pejabat Pelajaran Daerah telah menukar guru Muslim tersebut ke sekolah yang lebih selamat, tetapi kami dukacita kerana perkara seperti ini terjadi yang boleh mencemarkan maruah Islam,” kata Rafiq.
Rafiq menambah beliau berharap pihak Kementerian Pelajaran akan turut memberi respon dengan kadar yang segera mengenai hal ini dimana menurutnya ia melibatkan isu nasional.
“Sebagai umat Islam kami rasa tercabar kerana kebelakangan ini, agama Islam sering diperkotak-katikkan. Oleh itu Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia mendesak pihak Kementerian Pelajaran mengambil respon terhadap apa yang telah berlaku.
“Jika Pang Ah Ngang tidak memohon maaf, kami mahu pihak Kementerian Pelajaran sama ada, Datuk Seri Idris Jusoh atau Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengambil tindakan tegas termasuk memecat pihak-pihak yang terbabit,” tegas Rafiq.
Semasa menemui pemberita pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Ampang hari ini, Rafiq turut mendesak agar Guru Besar sekolah tersebut, Chiew Swee Tuan diambil tindakan sewajarnya.
“Jika Guru Besar sekolah tersebut tidak dapat menyelesaikan isu ini, jadi beliau tidak layak untuk memegang jawatannya dan layak dipecat. Beliau tidak mengambil sebarang tindakan selain gagal untuk memahami sensitiviti umat Islam di Malaysia,” tambah Rafiq.
Menurutnya lagi, penduduk Kampung Teluk Sengat, juga mula membuat demonstrasi selain menggantung kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan Pang.
“Ini adalah satu isu yang serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum seterusnya menjurus kepada rusuhan. Setakat ini kami tidak nampak respon daripada pihak kerajaan, seolah-olah isu ini tidak wujud,” kata beliau.
Arfa Yunus
Thu Jan 16 2014
Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Rafiq Naizamohideen (duduk, dua kiri) pada sidang media hari ini. --foto NoorArfa
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Isu paksa buka tudung: Heret ke muka pengadilan selepas tamat 24 jam
Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia berkata pihaknya akan menawarkan khidmat guaman kepada guru Muslim Cina yang dipaksa membuka tudung.
Isu paksa buka tudung: 'Kami beri masa 24 jam' - Biro Pelajaran Pemuda UMNO
Susulan kejadian guru Cina Muslim dipaksa buka tudung, Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia desak ahli jemaah pengurus sekolah itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam.