Kabinet pada Rabu mengambil keputusan untuk mengkaji keperluan kritikal tenaga buruh yang dihadapi syarikat asing dan tempatan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, dalam perkara itu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta agensi lain, termasuk Jabatan Imigresen dan Kementerian Sumber Manusia akan bekerjasama rapat untuk mengenal pasti keperluan tersebut.
"Bagi bidang kritikal, kerajaan mempunyai dasar yang membenarkan sesetengah syarikat asing terus mengambil pekerja asing baharu.
"...tetapi, secara ringkasnya, dasar kami ialah untuk menggalakkan syarikat asing dan tempatan mengambil lebih banyak rakyat Malaysia sebagai pekerja mereka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kemudahan pengeluaran baharu Coca-cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd di sini.
Mustapa berkata, pada masa ini, dasar kerajaan ialah memutihkan pekerja tanpa izin melalui Program Penggajian Semula.
"Ya, kita memerlukan pekerja asing, tetapi langkah ke depan kami ialah memutihkan pekerja tanpa izin...terdapat kira-kira dua juta pekerja asing tanpa izin di negara ini dan sekurang-kurangnya satu juta pekerja asing tanpa izin perlu diputihkan," katanya.
Pada Februari lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pembekuan pengambilan pekerja asing, termasuk dari Bangladesh.
Bernama
Wed Apr 27 2016
MUSTAPA: Dasar kami ialah untuk menggalakkan syarikat asing dan tempatan mengambil lebih banyak rakyat Malaysia sebagai pekerja mereka. -Gambar fail
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Cuaca Panas, Stres: Tips kepada bakal jemaah Haji
Hari wukuf bagi musim haji 2024 adalah pada 9 Zulhijah atau bersamaan 15 Jun 2024, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Haji 2024: Jemaah wanita paling ramai
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan jumlah Jemaah wanita Haji dan pecahan mengikut umur. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Tumpuan Rabu - 08 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak
RUU itu diluluskan selepas tujuh Ahli DUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Umat Islam perlu punyai satu iltizam, berganding pertahan agama Islam - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menitahkan semua umat Islam supaya mempunyai satu iltizam untuk bersama-sama merapatkan saf dan bergandingan mempertahankan agama.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan melalui penggubalan akta
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.
Pusat dialisis Perkeso di Pulau Pinang hujung tahun ini
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal membuka sebuah pusat dialisis di Pulau Pinang menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
KESUMA ikrar laksana latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia
Kementerian sedar pampasan upah yang lebih baik berkait rapat dengan keberhasilan yang lebih tinggi.
Kerajaan lancar Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan
Kerangka Dasar itu akan mengandungi tiga Teras, 11 Strategi, 48 Prakarsa, lima Pemacu Perubahan dan dua Pemangkin Dasar.
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Gaji Premium TVET : Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan TVET yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium.
KESUMA beri khidmat rundingan kepada syarikat mahu laksana aturan kerja anjal
KESUMA menerusi TalentCorp sedia memberikan khidmat rundingan kepada majikan dan syarikat yang berminat melaksanakan aturan kerja anjal.
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara diumum Mei ini - Sim
Beliau berkata terdapat keperluan untuk menangani kesenjangan yang wujud dalam dasar sumber manusia sedia ada.
Kesuma, UM jalankan kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Kesuma bersama Universiti Malaya sedang menjalankan kajian bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.
Kedah Agro Holdings tidak bayar gaji sejak September 2023 - Steven Sim
JTKM telah menghantar notis kepada Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) berikutan tunggakan gaji melibatkan 24 pekerjanya yang tular di laman X baru-baru ini.