awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah Agro Holdings tidak bayar gaji sejak September 2023 - Steven Sim

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
13/03/2024
06:40 MYT
Kedah Agro Holdings tidak bayar gaji sejak September 2023 - Steven Sim
Steven berkata, notis tersebut telah dihantar kepada syarikat tersebut pada Januari lepas. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah menghantar notis kepada Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) berikutan tunggakan gaji melibatkan 24 pekerjanya yang tular di laman X baru-baru ini.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, notis tersebut telah dihantar kepada syarikat tersebut pada Januari lepas.
Menurutnya, siasatan mendapati syarikat tersebut didapati tidak membayar gaji pekerja sejak September tahun lepas dan perkara itu menyalahi Seksyen 19 Akta Kerja.
“Pendirian Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) ialah pekerja berhak ke atas gaji. Ini kita tidak berkompromi.
“JTKSM telah mengambil tindakan untuk memberikan notis kepada majikan tersebut, supaya mereka membayar gaji tersebut.
“Mereka juga telah berjanji, kata akan mohon bantuan daripada kerajaan negeri. Saya harap perkara ini boleh diselesaikan secepat mungkin.
“Ada 24 pekerja dalam syarikat tersebut yang tidak dibayar gaji sejak September tahun lalu,” katanya.
Tambah beliau, tiada tempoh tetap diberikan kepada syarikat itu yang memaklumkan mereka akan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Rabu.
“Saya harap kerajaan negeri akan ambil berat terhadap perkara ini kerana ada 24 orang pekerja tidak dibayar gaji.
“Kita nak selesaikan isu ini secara berhemah dan yang penting, gaji ini dibayar,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Caruman Percuma Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso di Putrajaya pada Rabu.
Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Kedah Agro
#Steven Sim
#Kementerian Sumber Manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan