Lambang yang digunakan pada sebuah kavadi tertentu pada sambutan Thaipusam di sini pada Khamis adalah sepadan dengan lambang Nazi dan bukannya lambang suci swastika Hindu, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid.
Beliau berkata penggunaan lambang Nazi adalah dikutuk masyarakat dunia dan kebiasaannya kumpulan samseng yang menggunakan lambang Nazi untuk merujuk kepada serangan, keganasan dan kebencian.
"Dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita, kami tidak boleh bertolak ansur atau membiarkan penggunaan lambang Nazi. Perayaan Thaipusam (di negara ini) telah menarik kedatangan pelawat dari seluruh dunia dan kita tidak sepatutnya menggunakan lambang yang dikutuk ini sebagai sebahagian kebudayaan kita," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata peranan polis semasa perayaan Thaipusam ialah untuk memastikan undang-undang dan ketenteraman awam serta keselamatan dan kesejahteraan penganut dan juga pelawat adalah terjamin.
"Ini merupakan keutamaan kami dan kami tidak boleh membiarkan sekumpulan anak muda untuk mencetuskan ketakutan dalam kalangan penganut dan pelawat," katanya.
Mior Faridalathrash berkata polis menahan sekumpulan 20 anak muda pada sambutan Thaipusam di sini bagi pelbagai kesalahan jenayah, termasuk rompak dan salah guna dadah.
"Sejak ditahan, beberapa daripada mereka termasuk tiga pelajar telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang A. Kumaresan yang kesal dengan tindakan polis menahan 20 individu kerana membawa kavadi dengan lambang Nazi.
Katanya berkata polis sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada badan agama Hindu terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. -- Bernama
Bernama
Sat Feb 11 2017
MIOR: "Dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita, kami tidak boleh bertolak ansur atau membiarkan penggunaan lambang Nazi." - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Rampas ganja hampir setengah juta dalam kubur Cina
Taktik sindiket dadah menyimpan bekalan ganja dalam kubur Cina berjaya dibongkar polis dalam siri serbuan selepas menahan dua lelaki.
Lelaki warga emas maut ditikam 27 kali
Seorang lelaki warga emas maut ditikam sebanyak 27 kali dengan menggunakan senjata pisau dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah apartment di Jalan Perak, hari ini.
Dua sekolah antarabangsa di Pulau Pinang terima ancaman bom - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan dua buah sekolah antarabangsa di negeri itu menerima ancaman bom hari ini.
Dera dua beradik: Ibu dan nenek saudara direman empat hari bantu siasatan
Dua wanita ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes penderaan dua orang kanak-kanak di Air Itam, Pulau Pinang semalam.
Berang wang pelaburan tidak dikembalikan, tiga warga China sudahnya tinggalkan 'bom'
Suspek berang apabila mangsa dan bapanya dikatakan telah menipu wang pelaburan bertindak memecah masuk rumah dan mengacukan sebilah pisau ke arah perut mangsa.
Pijak anak sendiri hingga retak tulang rusuk, seorang bapa ditahan
Seorang bapa ditahan polis selepas dia dipercayai mendera dua anak kandungnya di rumah mereka di Taman Tun Sardon, George Town, Pulau Pinang.
Penuntut perubatan warga Sweden jatuh kondo, dilihat menari sebelum insiden
Seorang penuntut kolej swasta warga Sweden maut selepas terjatuh dari tingkap empat sebuah kondominium di George Town pada Sabtu.
Kontraktor ditembak jarak dekat dipercayai angkara dendam dadah - Polis
Tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang kontraktor pembinaan maut yang ditembak dalam kejadian di Flat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), George Town, pada Isnin.
Lelaki mengamuk di 'pasar karat', peniaga buah parah kena parang
Seorang peniaga buah parah di leher selepas ditetak seorang lelaki dalam pergaduhan di Pasar Karat, Lorong Kulit, George Town.
Tragedi Bukit Kukus: SAR hari ketiga, cari dan gali sampai puas hati - Polis
SAR di kawasan tanah runtuh Jalan Bukit Kukus, hari ini diteruskan selepas pegawai Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mendapati tiada lagi pergerakan tanah yang boleh membawa risiko.