awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua sekolah antarabangsa di Pulau Pinang terima ancaman bom - Polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
21/11/2023
09:56 MYT
Dua sekolah antarabangsa di Pulau Pinang terima ancaman bom - Polis
PDRM akan membuat permohonan semakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengenal pasti butiran pemilik emel.
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengesahkan dua buah sekolah antarabangsa di negeri itu menerima ancaman bom hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, ancaman bom berkenaan didakwa diterima sekolah di Tanjung Tokong dan Jalan Sungai Pinang itu menerusi emel kira- kira jam 11.20 pagi dan 12.27 tengah hari tadi.
Menurut Saravanan, pengurusan kedua- dua sekolah berkenaan telah menerima emel daripada dengan tajuk ‘bahan letupan telah ditanam di sekolah’ hari ini.
"Kandungan emel menceritakan penghantar emel mengalami masalah hidup yang mana dia dibenci orang sekeliling, ayah merogolnya sejak kecil dan dihina di sekolah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Pulau Pinang dan Unit K9 serta pasukan Bomba dan Penyelamat digerakkan ke kedua-dua tempat kejadian bagi melakukan pemeriksaan .
Bagaimanapun pemeriksaan dapati tiada apa-apa yang mencurigakan namun pihak polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung insiden tersebut.
Saravanan berkata, pihaknya juga akan membuat permohonan semakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengenal pasti butiran pemilik emel.
Terdahulu dilaporkan beberapa sekolah antarabangsa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menerima ancaman bom.
Tujuh sekolah antarabangsa di Selangor di daerah Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, Subang Jaya, dan Kuala Langat turut mrima ancaman itu.
Manakala dua lagi sekolah di Wangsa Maju turut menerima ancaman melalui hantaran emel pagi tadi.
Topic Berkaitan
#ancaman bom
#sekolah antarabangsa
#Ketua Polis Daerah Timur Laut
#MCMC
#V Saravanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan