awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
Dua letupan kecil dalam operasi kebakaran tanah gambut di Muar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Bukit Kukus: SAR hari ketiga, cari dan gali sampai puas hati - Polis

Firdaus Azil
Firdaus Azil
21/10/2018
04:08 MYT
Tragedi Bukit Kukus: SAR hari ketiga, cari dan gali sampai puas hati - Polis
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zamaini Che Awang berkata, operasi mengesan baki mangsa dikhuatiri tertimbus, dimulakan semula 8.30 pagi tadi.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tanah runtuh Jalan Bukit Kukus, hari ini diteruskan selepas pegawai Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mendapati tiada lagi pergerakan tanah yang boleh membawa risiko.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zamaini Che Awang berkata, operasi mengesan baki mangsa dikhuatiri tertimbus, dimulakan semula 8.30 pagi tadi.
“Kita tahu ada dua lagi (mangsa) yang belum muktamad, jadi kita buat keputusan kita cari dan gali sampai kita puas hati.
“Mengenai jumlah sebenar bilangan mangsa, jangan risau kerana kawasan pencarian adalah kawasan sasaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Che Zamaini berkata, tumpuan sepenuhnya akan diberikan kepada kawasan yang dikenal pasti anjing Unit Pengesan K9 di sektor satu dan dua.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar berkata, mereka masih menggunakan jentera excavator dan sebuah kren bagi memudahkan kerja-kerja mengorek tanah serta mengalihkan kontena.
Kekuatan anggota SAR secara keseluruhan, ujarnya lagi, melibatkan 80 orang dari pelbagai agensi.
Topic Berkaitan
#bomba
#bukit kukus
#Che Zamaini Che Awang
#Ketua Polis Daerah Timur Laut
#mangsa
#operasi
#paya terubong
#polis
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan