Malaysia bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan di Kerala, India, untuk memastikan sama ada terdapat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam kebakaran Kuil Paravur Puttingal Devi di Paravur, Kerala, yang setakat ini meragut lebih 100 nyawa.
Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Ahmad Fajarazam Abdul Jalil berkata pihak berkuasa tempatan menghadapi kesulitan untuk mengenal pasti mangsa kerana jumlah mereka yang maut dan cedera terus meningkat.
"Kami sedang membuat pemantauan (keadaan) dan setakat ini tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa, tapi kami belum boleh membuat pengesahan. Jumlah mangsa terus meningkat," katanya ketika dihubungi Bernama, dari sini hari ini.
Menurut portal berita dalam talian The Hindu, sekurang-kurangnya 102 orang maut dan lebih 350 cedera dalam kebakaran yang berlaku di kuil itu, awal hari ini.
The Hindu juga melaporkan Perdana Menteri India Narendra Modi menaiki pesawat bersama-sama sepasukan doktor pakar kebakaran ke kuil itu.
Laporan berita menyebut kebakaran itu dipercayai berpunca daripada letupan susulan pertunjukan bunga api di kawasan kuil berkenaan.
Bandar pesisir pantai Paravur terletak kira-kira 60km dari ibu negeri Kerala, Thiruvananthapuram. Kerala terletak di selatan India.
Sementara itu, Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam merakamkan takziah kerajaan Malaysia kepada Perdana Menteri dan rakyat India berhubung tragedi tersebut.
Ahmad Fajarazam berkata Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, telah berhubung dengan Ketua Menteri Kerala Oomen Chandy tentang kejadian itu.
Bernama
Sun Apr 10 2016
Menurut portal berita dalam talian The Hindu, sekurang-kurangnya 102 orang maut dan lebih 350 cedera dalam kebakaran yang berlaku di kuil itu, awal hari ini. - Foto AP
Penulis perlu mengoptimumkan platform media sosial
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Majlis Perasmian Kompleks Rumah Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Majlis Aidilfitri bersama penulis di rumah GAPENA, di Bukit Petaling.
Dakwaan Subsidi: Walaupun ada perbincangan awal, tapi belum ada keputusan muktamad - PM
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
[TERKINI] Bapa dan dua anak lemas di sungai
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda pada hujung minggu berakhir dengan tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Jalan Genting Lama Batang Kali.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.
Penduduk Israel gesa Netanyahu terima gencatan senjata
Kumpulan penunjuk perasaan berhimpun di Tel Aviv ketika pegawai Hamas bertemu pengantara Mesir dan Qatar di Kaherah, dan mendesak melakukan segala yang mungkin untuk membawa tebusan pulang.
Yaya Empire buktikan syarikat tempatan mampu tempa nama sebagai usahawan ‘perfume’ bertaraf antarabangsa
Yaya Empire adalah antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas berjaya meneroka pasaran luar Malaysia.
AWANI Ringkas: Perak setuju bekal air ke Pulau Pinang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Johor kenal pasti 120 'hotspot' banjir, PBT diminta atasi segera
Kerajaan Johor mengenal pasti sebanyak 120 lokasi panas yang kerap berlakunya banjir di seluruh negeri ini.
Program Madani Rakyat: Pemuda gigih hasilkan mural 'perpaduan' dalam tempoh tiga hari
Lukisan mural hasil tangan seorang artis grafiti Abdul Qoyyum Mohd disiapkan dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat.
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Kebakaran Kuil: Malaysia bekerjasama rapat dengan Kerala
Menurut portal berita dalam talian The Hindu, sekurang-kurangnya 102 orang maut dan lebih 350 cedera dalam kebakaran yang berlaku di kuil itu, awal hari ini.