awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar

Bernama
Bernama
05/05/2024
06:19 MYT
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Perdana Menteri berucap pada Majlis Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara dan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, hari ini. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dipersetujui Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
"... kita menerima berita baik kerana Tuanku Sultan Nazrin dan kerajaan negeri, Menteri Besar Datuk Seri Saarani bersetuju untuk menyediakan bekalan air dari Sungai Perak dan mengalir melalui industri hijau Kerian dan sekurang-kurangnya ke Seberang Perai. Fasa pertama akan sampai ke Seberang Perai termasuk Nibong Tebal dan Sungai Bakap.
"... saya (juga) percaya dengan hubungan yang lebih baik dengan Kedah sejak akhir-akhir ini, mudah-mudahan dapat kekal dan saya percaya boleh dirunding cara yang lebih profesional keperluan Pulau Pinang bekerjasama dengan Kedah dari soal perbekalan air," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara yang diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang, di sini, hari ini.
Menyentuh mengenai cadangan projek lapangan terbang di Kulim, Kedah, Anwar berkata infrastruktur merentas bidang kuasa kerajaan negeri dan Persekutuan mesti dibincang dengan teliti mengambil kira semua faktor.
Dalam hal itu, Perdana Menteri berkata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook baru-baru ini juga bersetuju untuk meneruskan rundingan, namun perlu mengikut proses yang sepatutnya.
Malah, Anwar berkata masalah projek itu yang tergantung susulan pengumuman sebelum ini dilihat kurang diteliti dan tidak mengikut proses sepenuhnya.
"Kita tidak pernah menolak keputusan kita untuk bincang dan meneliti semua faktor, yang kita minta proses kena ikut kerana ada bidang kuasa mutlak negeri dan ada bidang kuasa mutlak Persekutuan.
"Yang mana bantah dari segi laluan penerbangan, soal sekuriti dan soal bantahan daripada tentera udara semua itu kita ambil kira. (Selain itu), ke mana unjuran kargo dan apakah kargo cukup, semua itu kita bincang.
"Saya serah kepada Kementerian (Pengangkutan) dan jawatankuasa teknikal, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan. Kemudian kalau mereka rasakan patut disegerakan, kita segerakan kerana projek ini akan memberi manfaat kepada rakyat...tidak ada masalah sama sekali," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Negeri Perak
#Anwar Ibrahim
#bekalan air
#pulau pinang
#Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian
#Seberang Perai
#Sultan Perak
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan