Kedah mencatatkan penurunan 8.1 peratus kes demam denggi atau 578 kes bagi tempoh 1 Januari hingga semalam berbanding 629 kes yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata terdapat dua kes kematian akibat denggi yang melibatkan daerah Kubang Pasu dan Kota Setar.
Namun, beliau berkata tujuh daerah didapati menunjukkan peningkatan kes berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu Pendang sebanyak 39 kes (46 kes berbanding tujuh kes), Kota Setar peningkatan 38 kes (69 berbanding 31) dan Langkawi peningkatan 37 kes (58 berbanding 21).
Daerah lain ialah Padang Terap peningkatan 19 kes (30 berbanding 11), Sik peningkatan 13 kes (36 berbanding 23), Yan peningkatan lima kes (sembilan berbanding empat) dan Kubang Pasu peningkatan tiga kes (43 berbanding 40).
"Empat daerah yang menunjukkan penurunan kes ialah Kuala Muda dengan 146 kes berbanding 261 kes, Kulim dengan 87 kes berbanding 157 kes, Baling dengan 49 kes berbanding 63 kes dan Bandar Baharu mencatatkan lima kes berbanding 11 kes," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sementara itu, Dr Norhizan berkata terdapat tiga lokaliti wabak denggi yang aktif iaitu di Kampung Belakang Pendang, Pendang dengan 23 kes; Pasar Besar, Alor Setar dengan tujuh kes dan Banggol Kiat, Sik dengan dua kes dan semuanya dalam keadaan terkawal.
Beliau berkata dalam tempoh itu, pihaknya melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan demam denggi dengan melakukan pemeriksaan pembiakan aedes di 185,913 premis dan mendapati terdapat 4,339 premis mempunyai pembiakan jentik-jentik.
"Kami mengeluarkan 1,759 kompaun berjumlah RM849,100 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan sebanyak 357 notis bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes.
"Kami juga telah melakukan semburan untuk membunuh nyamuk aedes di 210,222 premis di seluruh Kedah dan 40,138 premis diletakkan ubat pembunuh jentik-jentik," katanya.
Katanya, promosi kesihatan juga giat dijalankan bagi memberi kesedaran mengenai penyakit denggi kepada seluruh masyarakat dalam menangani kes dan wabak denggi ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 20 2018
Promosi kesihatan juga giat dijalankan bagi memberi kesedaran mengenai penyakit denggi kepada seluruh masyarakat dalam menangani kes dan wabak ini. - Gambar hiasan
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.
Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.
Kes demam denggi di Sabah meningkat tiga kali ganda
Sebanyak 4,812 kes direkodkan setakat minggu ke-42 tahun ini berbanding hanya 1,336 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 150 peratus - Datuk Bandar
Kes demam denggi mencatatkan peningkatan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), yang didorong dengan musim hujan berterusan sejak awal bulan Mei lalu.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 151 peratus
Peningkatan dikatakan berpunca daripada hujan yang berterusan sejak awal Mei tahun ini.