Kira-kira 100 petugas dan ahli keluarga di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia menunaikan solat hajat semalam bagi memohon kesejahteraan negara dalam menghadapi ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.
Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim serta timbalannya, Zamshari Shaharan turut menyertai jemaah untuk solat hajat, tahlil dan bacaan Yaasin yang diadakan di Masjid As-Salam di kompleks kedutaan itu.
Solat hajat itu diimamkan oleh Atase Agama di kedutaan tersebut, Abang Zainal Abidin Abang Ariffin.
Majlis itu berakhir dengan bacaan doa khusus untuk keselamatan sembilan rakyat Malaysia yang merupakan tiga pegawai kedutaaan dan ahli keluarga mereka yang tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara.
Malaysia sedang menghadapi ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lepas. -- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2017
Majlis itu berakhir dengan bacaan doa khusus untuk keselamatan sembilan rakyat Malaysia yang merupakan tiga pegawai kedutaaan dan ahli keluarga mereka yang tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara. - Gambar fail
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
Hubungan Malaysia dengan China baik-baik sahaja, kata PM Anwar
Walaupun Malaysia negara kecil, ia berhak menjalin hubungan dengan banyak negara bagi pastikan rakyat dapat manfaat daripada kerjasama itu.
Tourism Malaysia susun strategi tingkatkan pelancong China
Tourism Malaysia giat menyusun strategi dalam usaha meningkatkan jumlah pelancong dari China sekali gus berhasrat mencapai sasaran lebih lima juta pengunjung dari negara itu bagi tahun ini.
Hubungan diplomatik China-Malaysia dirai dalam perhimpunan Tahun Baharu Cina
Ia diadakan untuk mempromosikan pertukaran budaya dan meraikan sejarah bersama antara China dan Malaysia.
Malaysia terus berpegang kepada "Dasar Satu China" - Wisma Putra
Malaysia mengulangi sokongan terhadap "Dasar Satu China" memandangkan tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik dengan China.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Disember 2023.
Hantaran individu sokong hubungan Malaysia, Israel adalah video lama - Fahmi
Fahmi menasihatkan orang ramai agar menyemak terlebih dahulu sama ada sesuatu video itu sahih, baru atau telah ditular sebelum ini.
Polis tahan lelaki keluar kenyataan sokong hubungan diplomatik dengan Israel
Mohd Shuhaily berkata memandangkan kes itu masih dalam siasatan, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi mengenainya.
Mat Sabu selar tindakan negara Arab kekal berniaga dengan Israel
Menurutnya, tindakan negara Arab menunjukkan seolah-olah tiada belas kasihan terhadap keganasan Zionis kepada rakyat Palestin.
Hubungan erat Malaysia, negara Nordic kukuhkan perdagangan dua hala
Hubungan diplomatik yang lebih erat antara Malaysia dan tiga negara Nordic iaitu Norway, Sweden, Finland membuka peluang dalam melebarkan lagi hubungan perdagangan dua hala.