Kementerian Kesihatan akan berusaha mengenal pasti golongan tercicir daripada mendapatkan vaksin di negara ini terutama golongan miskin.
Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata langkah tersebut berikutan dua kes kematian daripada dua keluarga akibat difteria di Kedah dan Melaka baru-baru ini.
"Ini perlu diberi perhatian. Kedua-dua keluarga ini didapati gagal mendapat vaksin lengkap (untuk anak mereka) akibat kemiskinan dan tinggal secara nomadic (tidak kekal di satu tempat).
"Mereka bukan golongan anti vaksin, tetapi terkeluar daripada kawalan perkhidmatan kesihatan kerana isu sosioekonomi sedangkan program imunisasi adalah secara percuma," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media anjuran kementerian itu di sini semalam.
Justeru, katanya kementeriannya akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjejak golongan terbabit bagi memastikan mereka mendapat vaksin lengkap.
Mengulas mengenai golongan anti vaksin, Dr Subramaniam berkata kementerian akan meningkatkan pendekatan kempen kesedaran terlebih dahulu untuk mengubah persepsi negatif golongan itu terhadap vaksin.
"Buat masa ini ia (vaksin) bukan satu paksaan ... ini perkhidmatan kesihatan, tapi dasar kita (kerajaan) galakkan ibu bapa memastikan anak mereka dapatkannya dan ramai yang sudah ikut.
"Sebagai permulaan kita guna kaedah meningkatkan pengetahuan mereka (anti vaksin), kemudian kita akan lihat langkah lain," katanya.
Katanya walaupun suntikan vaksin mungkin memberi kesan sampingan minimum seperti bengkak di tempat suntikan dan demam, namun perlindungan yang diberi adalah lebih mustahak dan dianggap selamat.
"Vaksin telah dinilai dari segi kualiti, efikasi dan keselamatan yang perlu dibuktikan melalui kajian klinikal sebelum ia didaftarkan oleh pihak berkuasa kawalan dadah Kementerian Kesihatan, ia satu keperluan sebelum dipasarkan di Malaysia," katanya.
Beliau berkata kerajaan membelanjakan RM100 juta setiap tahun bagi memberi perkhidmatan imunisasi percuma kepada rakyat.
Mengulas kenyataan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty Eric Paulsen yang menggesa pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap gerakan anti vaksin dan ibu bapa yang menolak vaksin di bawah undang-undang tertentu, Dr Subramaniam berkata cadangan itu akan dipertimbangkan.
Beliau berkata sejak tiga tahun kebelakangan ini, penyakit cegahan vaksin termasuk difteria meningkat iaitu dari dua kes pada 2014 kepada empat kes tahun lalu dan melonjak kepada 12 kes tahun ini (Januari sehingga semalam).
Bernama
Wed Jun 29 2016
SUBRAMANIAM: Langkah tersebut berikutan dua kes kematian daripada dua keluarga akibat difteria di Kedah dan Melaka baru-baru ini. - Gambar fail
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
23 juta kanak-kanak terlepas vaksinasi rutin pada 2020 - Kajian WHO, UNICEF
Perkhidmatan vaksinasi rutin kanak-kanak di Asia Tenggara dan Mediterranean Timur antara yang terjejas teruk, menurut WHO.
KKM ubah Jadual Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak mulai bulan ini
Vaksin lima serangkai kepada kanak-kanak akan ditukar kepada vaksin enam serangkai mulai November.
Tiada vaksin, tiada sekolah - Itali perkenal undang-undang baru
Dikenali sebagai Undang-undang Lorenzin, ia mewajibkan semua kanak-kanak di Itali yang berumur enam hihgga 16 tahun untuk divaksinkan dan jika tidak, ibu bapa mereka akan didenda.
Undang-undang perlu dipinda sebelum wajibkan 2 suntikan vaksin - Dr Dzulkefly
Perkara itu juga akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tiga lagi kes difteria disahkan di Johor
Kanak-kanak perempuan itu merupakan kakak kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat diifteria pada 23 Feb lepas.
Malaysia akan bina kilang vaksin halal pertama di dunia
Dengan pembinaan kilang tersebut pihaknya mampu memberi keyakinan kepada ibu bapa kerana vaksin yang dihasilkan dari kilang itu adalah halal.
Kes campak global meningkat 50 peratus, pengaruh antivaksin antara punca
Kemunculan semula campak di kebanyakan negara dikaitkan dengan fahaman tidak berasas bahawa vaksin campak membawa kepada kes autisme.
Kedah antara negeri tertinggi tolak vaksin
Antara alasan penolakan vaksin di Kedah adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat.
3 kanak-kanak positif difteria dibenar pulang esok
Pemeriksaan terhadap kesemua individu itu dilakukan terhadap mereka yang berhampiran atau mereka di sekeliling kanak-kanak terlibat.
Kerajaan Johor kaji wajibkan suntikan vaksin
Dr Sahruddin Jamal berkata, penyakit dan kes yang jarang ditemui seperti difteria yang kini sudah mula dikesan di negeri Johor.