Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan nilai ringgit dan harga minyak mentah adalah dua faktor mengakibatkan sesetengah harga barang dan perkhidmatan naik ketika ini.
Penjelasan itu dibuat oleh Najib melalui ucapan terbaru yang dimuat naik di laman web NajibRazak.com.
"Pertama sekali, adalah faktor luar yang memberi tekanan terhadap ekonomi negara.
"Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan Kerajaan berkurangan. Dalam konteks ini, dijangka lebih daripada RM30 bilion pada tahun hadapan," kata beliau.
Keadaan itu tambahnya, menyukarkan kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi.
Kesan daripada berkurangnya pendapatan negara itu pula mendorong pelabur menjual Ringgit untuk melabur di negara yang tidak terkesan dengan kejatuhan harga minyak.
"Kesannya, nilai Ringgit kita menguncup menyebabkan harga barangan import menjadi lebih mahal," ujar Najib.
Pada masa sama, Perdana Menteri turut menyelar pihak yang cuba mengelirukan masyarakat tentang punca sebenar kenaikan harga barang dan kejatuhan Ringgit.
"Mereka cuba menyalahkan kerajaan semata-mata, walhal Kerajaan sedang berusaha dengan gigih mencari jalan bagi mengawal harga barang yang naik akibat faktor luaran," katanya.
Tambah Najib, kerajaan juga telah mengumumkan diskaun-diskaun khas pengangkutan awam baru-baru ini dan Kerajaan juga sedang meneliti langkah-langkah lain yang untuk menangani peningkatan kos sara hidup rakyat.
Astro Awani
Fri Dec 18 2015
NAJIB: Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan Kerajaan berkurangan.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sidang media Rafizi tengah hari ini dijangka jadi tumpuan
Meskipun Rafizi sebelum ini menyatakan harga barangan melibatkan bahan mentah mengalami penurunan, namun respons sebaliknya diberikan oleh peniaga.
PM pengerusi mesyuarat bincang kenaikan kos sara hidup Khamis ini - Mustapa
Tindakan jangka sederhana dan panjang akan dibentangkan oleh kementerian-kementerian berkenaan pada mesyuarat itu.
Kenaikan harga barang jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu diajukan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri.
Kenapa harga barangan naik? Ini jawapan PM Najib
Perdana Menteri menjelaskan nilai ringgit dan harga minyak mentah adalah dua faktor mengakibatkan sesetengah harga barang dan perkhidmatan naik ketika ini.
PKR akan kaji semula GST jika ambil alih Putrajaya
GST yang telah dilaksanakan baru-baru ini, akan dikaji semula sekiranya PKR menang dalam pilihan raya umum yang akan datang.