Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk mengkategorikan pencerobohan privasi sebagai kesalahan jenayah selain memperkenalkan undang-undang anti intipan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Liew Vui Keong.
Merujuk kepada insiden penyebaran video seks didakwa membabitkan seorang menteri yang tular baru-baru ini, Liew berkata beliau sedang meneliti perkara itu sebagai pencerobohan privasi.
"Kita semua mempunyai privasi sama ada anda suka atau tidak. Kita semua mahu memastikan privasi kita dilindungi dan tidak boleh diceroboh," katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) JPM di sini hari ini.
Ketika ditanya mengenai penerbitan dan pengedaran video seks dari perspektif undang-undang Liew berkata beliau juga telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji penggubalan undang-undang bagi membendung amalan tidak sihat itu.
Ini bertujuan untuk melindungi masyarakat, terutama wanita dan kanak-kanak, daripada menjadi mangsa jenayah itu, kata beliau.
"Ini adalah masa untuk kita mengkajinyai kerana terdapat juga kesalahan yang kita lihat kebelakangan ini, seperti antara teman wanita dan teman lelaki apabila lelaki mengambil gambar gadis itu dan menyebarkannya di media sosial untuk menggugut gadis itu.
"Ia juga boleh berlaku apabila seseorang merakamkan video beberapa aksi pasangan tertentu dan kemudian menggunakan video tersebut untuk menggugut orang berkenaan," katanya.
Terdahulu, Liew telah mencadangkan satu undang-undang diperkenalkan untuk mengkategorikan perbuatan intip, mengintai atau mengintip gerak-geri orang lain sebagai kesalahan jenayah.
Mengenai Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi pelantikan utama awam, Liew berkata setakat ini, tidak ada rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen berhubung perkara itu.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika Jawatankuasa Khas Parlimen yang ditubuhkan bagi pelantikan utama awam hendak berfungsi secara sah mengikut undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2019
Terdahulu, Liew telah mencadangkan satu undang-undang diperkenalkan untuk mengkategorikan perbuatan intip, mengintai atau mengintip gerak-geri orang lain sebagai kesalahan jenayah. - Bernama
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Kerajaan kaji kategorikan pencerobohan privasi sebagai kesalahan jenayah - Liew
Kita semua mempunyai privasi sama ada anda suka atau tidak. Kita semua mahu memastikan privasi kita dilindungi dan tidak boleh diceroboh.